Memaparkan catatan dengan label My Little Kitchen. Papar semua catatan

RESEPI DALGONA COFFEE

Dah viral pulak Air Dalgona Coffee / Latte
jenuh laku nescafe kt pasaraya lps ni🤤
Kredit gambar pd owner.


DALGONA COFFEE

RESEPI DALGONA COFFEE
Resepi asli dan viral dari korea 🥰
Dalgona (Korean Traditional candy)

Bahan bahan :-

Serbuk kopi/Nescafe
Susu segar
Gula
Air panas
Ais (pilihan)

Cara: (A)

Ambil bekas dan campurkan 3 sudu kecil serbuk kopi, 4 sudu kecil gula , 4 sudu kecil air panas dan pukul dengan whisk utensil/mixer sehingga pekat dan likat.

Cara : (B)

Ambil gelas have have haha . Buh ais kalau taknak ais buh terus susu segar. Kemudian tuang (A) atas susu tu. Dah siap! Selamat mencuba makcik,pakcik semua 😍

Tips kurang manis : Pakai gelas besor biar susu lebih hehe nanti rasa sebati.

Resepi sukatan diubah sedikit dari original untuk rasa yang lebih sedap! Saya kenal resipi ni dari korean, bukan dari artis terima kasih 😊

Copy Paste dr resepi :
Pn. Shariffah Sarrah

Resepi Rendang Ayam Sedap dan Mudah Buat

Rendang Ayam Mudah dan Sedap 


Bahan-bahan:

1 ekor ayam
1 kilo santan - guna 1 santan kotak
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Minyak untuk menumis
Garam 
Gula/gula merah 
Asam keping

Bahan kisar:

20 tangkai cili kering - guna 4 sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar
6-8 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 biji buah keras

Cara-cara:

Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak.

Masukkan kerisik, dan garam. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api.


Resepi Udang Masak Butter Mudah Buat


Sarang Telur:

2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak

Pukul ringan kuning telur. 
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 

Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya. 

Udang:

1kg udang 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin - untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. 

Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.

Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.

Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. 



Resepi Mee Rebus Siam Confirm Sedap!

MEE REBUS SIAM

Bahan-bahan:

1½ kg mee kuning (dicelur)
½ kg taugeh (dibuang ekor, dicelur)


Bahan kuah:

1 cawan udang geragau* (rendam sebentar dgn air, toskan)
3 sudu makan udang kering* (rendam, toskan)
300 gm daging/tetelan (rebus hingga empuk dgn lebihan air)
2½ cm halia*
2 cm lengkuas*
2 batang serai*
6 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
4 sudu makan penuh rempah kari ikan
6 sudu makan penuh tauco (jgn ambil airnya, dilecek separuh halus)
1 kg keledek (direbus dan lecek halus)
sedikit kacang tanah goreng (ditumbuk kasar-kasar)- (optional)
lebih kurang 1½ – 2 liter air (diambil dari air rebusan daging dulu, kalau tak cukup ditambah air biasa)
garam dan gula secukupnya
3 senduk minyak masak.

Cara:

Kisar bahan-bahan * dan campurkan dgn rempah kari ikan. Gaul rata. Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut hingga rempahnya garing. Masukkan daging,/tetelan, taucheo, keledek lecek, air/air rebusan daging, garam dan gula. Masukkan kacang tumbuk, dikacau sebentar dan sesuaikan rasanya dgn selera anda. Biarkan kuah mendidih baru diangkat.

Bahan taburan:

Daun sup/bawang, lada hijau/merah, bawang goreng, tahu goreng, limau kasturi, telur rebus.

Nota: Kuah Mee Rebus ini biasanya mesti ada rasa sedikit manis (jgn terlalu manis pula) dan juga rasa tauconya. Rempah karinya pula jgn terlalu banyak, nanti jadi mee kari ! Saya gunakan rempah kari ikan sebagaimana yg diajar oleh ibu saya. Selain menjadi pemekat kuah, kacang tumbuk juga digunakan utk menambah rasa enaknya. Tak perlulah gunakan tpg jagung utk memekatkan kuah

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi Sedap Dan Mudah Buat

Assalamualaikum.. hi!

Dulu masa zaman kanak-kanak suka sangat dapat makan ketam.. Teringat masakan arwah ketam masak cilipadi ibu memang paling sedap tiada tandingan.. 

Hari ini buat masakan ketam ni pun sebab anak-anak request nak makan... 


Ok jom tengok bahan-bahan yang diperlukan :

5 ekor ketam dipotong 2
Segenggam cili padi
2 kotak santan 200ml
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Serbuk perasa

Cara masakan : 

Bland kan cili padi dan santan bersama-sama. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan sedikit air dan masukkan ketam. Biar hingga mendidih. Akhir sekali letak sedikit garam dan serbuk perasa/ajinomoto. Mudah kan?



Resepi Sup Ikan Merah Sedap dan Simple

Assalamualaikum...


Dah masak ke belum? Menu hari ini cukup simple dan berkhasiat iaitu Sup Ikan Merah. Baru tumis bahan-bahan anak-anak dah puji hmmmm sedapnya bau.. Terus berbunga hati nak masak. Rasa semangat lain macam bila kena puji. hehe

Ikan merah ni memang sedap kalau buat sup. Rasa ikan dia lebih UMMmm dan fresh. Yang penting anak-anak suka.


Bahan bahan:


2 ekor Ikan Merah
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris kasar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji ubi kentang - jika suka
1 batang karot - hiris nipis
1 sudu lada hitam - tumbuk kasar
1-2 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
Garam - jika perlu
Daun sup / daun bawang
Bawang goreng

bahan-bahan yg diperlukan

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah, bawang putih yang dihiris bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.

Masukkan air secukupnya. Masukkan ubi kentang dan karot dan masak sehingga hampir lembut.

Kemudian masukkan ikan, garam, lada hitam dan serbuk MAGGI Cukup Rasa.

Setelah kentang empuk, taburkan daun bawang dan tutup api. Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng.




selamat mencuba!

Resipi sayur labu masak lemak manis SEDAP dan MUDAH


Assalamualaikum...

Lama tak kongsikan resipi. Harini Fara masak sayur labu masak manis... Biasa buat masak labu tak letak sayur.. kali ni saja tukar selera letak sayur pucuk manis... 


Anak-anak cukup suka bila Fara buat masakan ini  Alhamdulillah masing-masing suka makan sayur dan labunya.

Ok nak masak pun sangat mudah. Bahan yang yang diperlukan pula senang dicari. Orang bujang pun boleh masak lauk ni. Simple sangat!

Bahan-bahan :

  • Labu
  • Sayur pucuk manis
  • 2 biji bawang besar *tumbuk halus
  • 4 biji bawang putih *tumbuk halus
  • Segenggam ikan bilis *tumbuk halus
  • Santan kotak yang kecil tak kisah apa brand boleh
  • Sedikit air untuk kuah

Cara masak : 

Tumiskan bahan tumbuk hingga sedikit garing. Kemudian masukkan air. Bila air dah  mendidih masukkan labu pula.. masukkan santan dan sayur pucuk manis. Biarkan mendidih seketika. Agak-agak labu dah lembut boleh tutup api dan boleh hidangkan.



indah sungguh makan bersama ikan masin dan telur dadah. hehe. selamat mencuba!


Resipi ikan bawal masak masam manis simple


Assalamualaikum.. hi korang

Kalau ada ikan bawal biasa buat masak apa? Selain digoreng Fara suka buat masak masam manis.. teringat dulu arwah ibu kalau masak masakan ni mesti kami tiga beradik berebut makan.. nasi dah siap masak je terus amik pinggan nak makan... Hehe.. kenangan betul...


Masakan paling sedap dari air tangan seorang ibu. Fara try buat macam ibu pun takkan sama rasanya. Ok, resipi yang fara buat ni ni memang mudah... Jom tengok


Bahan-bahan :

Ikan bawal 4 ekor digoreng dulu
Bawang besar 2 sebiji *tumbuk
Bawang kecil 4 ulas *tumbuk
Halia sikit *tumbuk
Tomato 1 biji *belah 4
Sos cili 2sudu
Sos tomato 3 sudu
Cili kisar 3 sudu
Sedikit air
Cara masak

1. Goreng ikan bawal separuh masak

2. Tumis bahan bertumbuk dan cili kisar

3. Masukkan sedikit air, sos cili dan sos tomato. Biarkan mendidih kejap

4. Lepastu masukkan ikan bawal yg dah goreng dan tomato. Biarkan didih lagi.

5. Siap dihidang.

Resipi Ketam Masak Telur Asin Mudah Dan Sedap


Assalamualaikum...

Kalau ada ketam so far suka buat masak telur asin. Resipi yang cukup mudah dan senang sangat nak masak. Jom lihat resipi dibawah :


Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 10 ekor ketam bunga
  • 10 biji cili api - dihiris ikut kepedasan masing-masing
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar butter
  • 5 biji telur masin 
  • 3 sudu besar susu cair
  • 2 biji bwg putih - di ketuk
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • garam
  • serbuk lada sulah secukupnya
  • minyak masak utk menggoreng


Cara Penyediaan

  • rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan 
  • bersihkan ketam potong kepada dua bahagian,goreng dengan tepung jagung.
  • goreng deep fried - asingkan
  • panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi sampai wangi
  • masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
  • masukkan susu segar, dan lada sulah..perasakan kesemuanya.
  • kacau rata,tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih, masukkan ketam kacau rata dan sedia dihidang.

Resipi Ikan Tenggiri Masak Asam/Tauchu Paling Sedap Dan Mudah

Assalamualaikum...

Tiba-tiba rasa nak makan ikan tenggiri masak asam. Eh jap! Ada yang kata ni lauk tenggiri masak Tauchu, ada yang panggil tenggiri masak Shinchuan. Ejaan yang betul xpasti pula mcm mna. Yang penting, masakan ni memang menambah selera dan x pernah jemu nak makan.. 

Biasa buat tapi tak pernah bubuh resipi kat blog. Kali ni rajin pula update resipi.


Bahan dan cara nak masak pun cukup mudah. Orang bujang pun boleh masak masakan ni. Yang mana dalam pantang bersalin pun sesuai makan masakan ni cuma tambah lada hitam dah jadi masakan orang pantang. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahan goreng dulu
4 keping ikan tenggiri
[boleh gunakan ikan lain saperti selar/kembung/bawal]

Ikan yang telah digoreng

Bahan Hiris
4 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 inci halia
8 biji cili padi
2 biji cili merah
1 labu bawang besar

Bahan yang perlu di hiris

Bahan Sos
1 cawan air asam jawa
1 biji tomato buah [belah 4]
minyak
garam

Cara masak
1. Ikan dibersihkan dan gaulkan dngan kunyit & garam
2. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan semua bahan yg dihiriskan.
4. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
5. Bila dah mendideh masukkan ikan dan tutupkan api.
6. Sedap dimakan ngan nasi putih.


Siap! Mudah kan? 😊



Terbaru | Ayam Brand Tuna Chunks in Organic Oil & Tuna Flakes in Organic Broth

Ayam Brand nama yang tidak asing lagi sejak bertahun lamanya telah memikat pengguna Malaysia dengan keenakkan makanan dalam tin yang sememangnya dikenali ramai. Jenama ini mendapat sambutan sejak dahulu lagi kerana pilihan jenis produk yang banyak, makanan tin berkualiti tinggi, menyihatkan, tanpa bahan pengawet, tidak mengandungi MSG tambahan. serta mudah untuk diambil seiring dengan reputasinya sebagai jenama isi rumah terkemuka di Malaysia dan rantau Asia Tenggara


Kelazatan dan Kemudahan Tuna Ayam Brand Kini Dalam Organik!!


Terbaru | Sayuran Organik dan Minyak Zaitun Dara Ekstra Organik Tambah Perisa dan Khasiat Kepada Tuna Yang Ditangkap Secara Mampan. Kedua-dua produk baharu ini menggabungkan kebaikan tuna yang di tangkap secara mampan bersama sayuran organik yang diiktiraf serta minyak zaitun dara ekstra bagi memberikannya kebaikan serta rasa yang lebih semulajadi.

Selain kaya dengan Omega-3, Selenium, Niacin, Vitamin B6 dan B12, tuna merupakan sumber protein yang mempunyai kadar kalori yang rendah untuk dihadam berbanding dengan sumber-sumber protin yang lain. Digabungkan dengan rasanya yang lembut serta teksturnya yang kenyal, Tuna menjadi makanan laut yang digemari di seluruh dunia.


Sup sayuran organik dalam Tuna! (Tuna Flakes in Organic Broth)

Ayam Brand™ memilih sayuran yang organic untuk digunakan dalam sup sayuran organik untuk mendapatkan rasa yang lebih semulajadi dan bebas daripada sisa kimia.

Minyak Zaitun Dara Ekstra organik (Tuna Chunks in Organic Oil )

Minyak zaitun mempunyai khasiat yang tersendiri seperti kaya dengan antioksiden, Vitamin E dan telah terbukti dalam penyelidikan menunjukkan minyak zaitun dara ekstra mempunyai bahan biologi aktif yang boleh mengurangkan risiko pembentukan penyakit atherosclerosis, kardiovaskular dan beberapa jenis barah.

Tidak hairanlah jika Ayam Brand menjadi pilihan utama Malaysia dan Asia Tenggara kerana ianya sangat mementingkan tahap kualiti barang dan juga kesihatan pengguna.



Pensijilan Halal

Segala Produk Ayam Brand™ disahkan Halal oleh badan pensijilan rasmi yang diiktiraf oleh JAKIM.

Tuna Bruschetta


Kebiasaannya, bila beli tuna Fara hanya suka buat sandwish sebab Fara jenis tidak berani mencuba resepi lain takut tidak menjadi. Kebetulan fara ada dapat sebuah buku bertajuk '40 Amazing anti-ageing recipes, Food For The Brain" yang mengisahkan segala resipi mengenai ayam brand yang boleh kita pelajari, Fara jadi tertarik dengan satu resepi yang sangat mudah iaitu Tuna Bruschetta.

Bahan yang digunakan juga mudah untuk dibeli dan menjimatkan. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah :

1 Roti baguette
1 tin Tuna Chunks in Organic Olive (Fara guna half sebb buat untuk 2 orang)
1 biji tomato (potong dadu)
sedikit daun sup (fara tak beli sebab habis) 😧

Cara Penyediaan :

Hancurkan tuna hingga agak hancur kemudian masukkan daun sup dan tomato dan gaul rata. Roti baguette pula dipotong tebal anggaran 2cm dan letak bahan yang telah digaul rata sebentar tadi ke atas roti yang telah dipotong. Siap untuk dihidang.





Roti John


Resipi kedua adalah Roti John dengan menggunakan Tuna Flakes in Organic Broth. Resipi ini juga sangat mudah dibuat dan sesuai untuk makan sarapan dan minum petang.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

Roti baguette (potong 2 cm tebal)
1 Tin Tuna Flakes in Organic Broth
1/2 tomato (dipotong dadu)
1 biji telur
1/2 bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu lada boh

Cara Penyediaan :

Tumis lada boh dan bawang bersama. Kemudian masukkan pula 1 Tin Tuna Flakes dan tomato kedalam kuali goreng hingga masak dan hancur. Akhir sekali masukkan  pula telur dan gaul hingga sebati. letak ketepi dahulu.

Dengan menggunakan non-stick pan, sapukan diatas roti tersebut bahan yang siap dimasak sebentar tadi dan bakar roti hingga sedikit garing. Bahagian yang disapu tuna juga perlu dibakar sedikit untuk menaikkan lagi aroma roti john. Jangan risau intinya tidak akan bersepah jika anda berhati-hati ketika flip roti.


Siap untuk dihidang! inilah die rupa Roti john dengan menggunakan Tuna Flakes in Organic Broth. Rasanya sangat rangup dan tidak berminyak ketika makan.


Cadangan hidangan

Ayam Brand™ Tuna Flakes in Organic Broth atau Tuna Chunks in Organic Extra Virgin Olive Oil boleh dinikmati dalam pelbagai cara. Untuk sarapan yang sihat anda boleh menjadikannya sebagai Tuna Wrap atau Bubur Tuna. Untuk minum petang, anda boleh cuba snek Tuna Tofu Egg Patties untuk dimakan bersama teh.


Cubalah barisan Tuna Organik Ayam Brand™ dan nikmati pengalaman tahap baru dan rasa semulajadi yang hebat!


Resepi ayam masak halia terbaikk



Bahan-bahan :

8 ekor isi ayam dipotong sederhana kecil
1 ulas bawang besar*
4 biji bawang putih*
5 biji cili api*
1 sudu kecil lada hitam*
4 inci halia*
2 sudu kicap manis Jalen
2 sudu sos tiram
1 batang lobak merah
Sedikit air (ikut la nak banyak mana kuahnya)

Tumbuk bahan yang bertanda * hingga lumat. Kalau nk potong serong pon boleh. Ikot citarasa masing-masing.

Cara masak :

Ayam diperap dahulu dengan kunyit dan garam dan masak sehingga kekuningan. Tos dan letak tepi dahulu. Guna minyak lebihan gorengan ayam tadi untuk menumis bahan tumbuk. Bila bahan tumis dah agak garing masukkan pula air dan lobak merah. Bila lobak merah dah lembut, masukkan pula sos tiram dan kicap kedalam kuali. Last sekali masukkan pula ayam dan garam secukup rasa.

Siap untuk dihidang!


Resepi sotong goreng kunyit berkuah paling sedap


Sotong bila dibuat berkuah ditambah pula dengan rasa yang pedas sambil makan dengan nasi panas memang bertambah 2 pinggan.

Kebiasaannya, bila ada sotong dirumah fara suka buat goreng kunyit berkuah daripada goreng biasa. Minat sangat dengan makanan pedas dan berkuah sejak kecil lagi. Sehari tak makan pedas rasa tak lengkap.

Tambahan pula pada bulan puasa menu sotong goreng kunyit berkuah menjadi pilihan utama fara. Nak buat masakan ini pun sangat senang dan mudah.

Bahan-Bahannya :

5 ekor sotong - sederhana besar
1 biji bawang besar - dipotong nipis membulat
2 biji bawang putih - tumbuk halus
10 biji cili padi - tumbuk halus
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar kicap lemak manis JALEN
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk kasar
1/2 kiub pati ayam
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara masak :

Sotong yang telah dipotong digaul dahulu dengan kunyit dan letakkan garam kemudian perapkan sementara dalam 5 minit. Tumis bahan tumbuk hingga agak garing kemudian masukkan sotong yang telah diperap tadi. Kemudian, masukkan kicap lemak manis Jalen, sos tiram dan 1/2 kiub pati ayam kedalam kuali. Tambah sedikit air. Kuantiti air boleh ikut cara sendiri sama ada suka kuah sedikit atau banyak.  Biarkan mendidih seketika dan Siap! Jangan masak lama sangat takut liat pula sotongnya.


Selamat menjamu selera 😉



Resepi Sardin Viral Meletop




Assalamualaikum... Hi!

Masak apa harini? Bila dah ketandusan idea nak fikir menu masak capai ajelah sardin kat almari tu. Alang-alang kat facebook tengah viral sardin sedap meletop fara pon try la buat. 

Memang rasa berbeza dari biasa resepi sardin ni. Ada rasa pedas bercampur bau kari yang harum memang ummmmphh. Berselera makan.

Kentalkan diri untuk masak walaupon kadang tak boleh nak bau sangat dapur gagahkan jugalah. Kalau tak masak lapar pulak baby dalam ni. 

Ok, nak buat sardin viral ni sangat mudah. Bahannya adalah :


5 ulas bawang putih - diketuk
3 biji bawang merah/besar potong biasa
3 tangkai daun kari
2 sudu lada boh
1 sudu kicap manis
1 tin sardin
10 tangkai cili padi
Air 1 cawan
Gula & garam secukup rasa

Cara-cara memasak sardin viral :

Tumis bawang putih dan merah hingga naik bau dan masukkan pula lada boh kacau sehingga pecah minyak. Masukkan pula sardin, daun kari, cili padi dan air biar hingga mendidih. Akhir sekali, letakkan pula kicap, garam dan gula. Siap untuk dihidang.


Sedap makan sardin dengan nasi panas. Selamat mencuba ;)




Resepi ayam ungkep paling senang


Assalamualaikum..... Hai!!

Tiba-tiba rasa nak masak ayam ungkep. Yang fara buat ni sangat mudah dan tidak perlukan bahan yang banyak tapi tetap sedap! Sesuai untuk makan 4 orang.

Bahan masak :

6 ekor bahagian ayam (goreng separuh masak)

Bahan-bahan kisar/tumbuk halus :

2 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
Secubit ketumbar
Secubit jintan manis
Secubit jintan putih
Setengah sudu kecil serbuk kunyit

Bahan tambahan :

Fara tambahkan kentang 2 biji

Cara masak :

Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga agak garing. Masukkan sedikit air untuk bagi berkuah sedikit dan masukkan pula kentang yang dibelah kecil. Biarkan hingga kentang empuk dalam kuali baru masukkan pula ayam. Siap untuk dihidang.


Sangat mudah dan sedap!