Memaparkan catatan dengan label My Story. Papar semua catatan

Projek Perumahan Terbaru Myra Putri Putrajaya, Rumah Moden Citarasa Terkini


Hari minggu kelmarin Fara menghadiri majlis Sambutan Ulang Tahun ke-7 Myra di Myra Sales Gallery yang terletak di Taman Desa Jenderam Hilir, Dengkil Selangor. Majlis ini diadakan untuk memberitahu orang ramai tentang projek terbaru mereka yang terletak di Putrajaya iaitu Myra Putri. Memang ramai hadir untuk lihat plan projek terbaru Myra Putri kerana nak cari rumah disini sebagai pilihan kediaman lebih-lebih lagi di Putrajaya kerana terletak di lokasi yang strategik mudah untuk membuat perjalanan ulang-alik ke tempat kerja. Pusat ekonomi dan peluang pekerjaan juga tertumpu padat disini. Jadi ramai orang berhajat untuk memiliki rumah disini untuk akses mudah pusat bandar serta menikmati gaya hidup serba moden.


 

Untuk makluman semua Myra, pemaju hartanah yang dipercayai sejak tahun 2016, amat berbangga dengan rekod prestasinya yang mengagumkan iaitu telah berjaya menawarkan lebih 2,534 rumah mampu milik bernilai lebih RM 1.17 bilion kepada pembeli rumah pertama atau bekerluarga sepanjang tahun itu. Dan hari ini, Myra berpegang teguh pada komitmen untuk menyediakan pilihan perumahan berkualiti kepada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.

Infrastruktur dan kemudahan berhampiran dengan Perumahan Myra Putri, Putrajaya

Myra Putri direka khas untuk memenuhi cita rasa ideal keluarga muda. Terletak di lokasi yang strategik bersebelahan Putrajaya. Apartment bertingkat rendah ini lengkap dengan jaminan keselamatan dan fasiliti luaran yang mesra alam, menjadikannya pilihan ideal rumah pertama semua! Lebih menarik, apartment yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air serta mempunyai keluasan binaan iaitu 904 kps ini merupakan tanah rizab melayu. Sangat sesuai untuk mereka yang memilih untuk menetap di kawasan kejiranan rizab Melayu. 



Kawasannya juga strategik hanya :

- 10 km ke Dengkil
- 5 km ke Putrajaya
- 11 km ke Cyberjaya
- 12 km ke Bangi
- 17 km ke Kajang
- 35 km ke Kuala Lumpur



Manakala kemudahan lain apartment Myra Putri ini adalah mempunyai multipurpose hall, management office, padang futsal, kidstopia, bakar & grill, surau, trampolin park dan banyak lagi. Boleh rujuk gambar rajah diatas.


Lihat Pelan Lantai Dan Tapak Projek Perumahan Myra Putri




Boleh Jadikan Rumah Myra Putri Sebagai Pelaburan Atau Diduduki


1) Jika beli untuk diduduki


Jika anda membeli sebuah rumah untuk diduduki, rumah anda mesti memenuhi keperluan anda dan keluarga. Itulah keutamaan yang jauh lebih penting daripada berapa harga rumah anda akan naik atau berapa sewa yang anda boleh dapat. Jika rumah anda turut mempunyai prospek pelaburan yang baik, ianya suatu bonus. Bukan kewajipan.


2) Jika beli sebagai pelaburan

Bagaimana pula dengan pembelian untuk tujuan pelaburan? Keutamaan di sini adalah potensi pulangan. Kenapa saya sarankan begitu? jika anda beli rumah itu untuk tinggal, anda perlu keluarkan wang tiap-tiap bulan untuk membayar installment rumah yang akan menyebabkan gaji bersih anda berkurangan. Jika anda beli rumah pertama untuk pelaburan, anda mungkin boleh menggunakan duit lebihan tunai dari sewaan untuk membayar installment rumah yang anda tinggal. 


Kelebihan yang ada akan peroleh jika menyewakan rumah di sini adalah :

- Lokasi strategik
- Pulangan sewa lumayan
- Potensi masa depan untuk kenaikan harga dan sewa

Beli Rumah Myra Putri Segera Untuk Elakkan Harga Rumah Semakin Meningkat

Kenaikan harga rumah semakin tidak dapat dikawal kerana di kawasan-kawasan yang membangun terlalu banyak permintaan di sesuatu kawasan yang menyebabkan harga rumah meningkat dengan mendadak. Jika anda tidak beli hari ini, tahun depan mungkin harga rumah telah naik 10% dari harga hari ini.


Berapa harga unit rumah apartmen di Myra Putri? Dengan unit bermula dari RM 380,000, Myra Putri menyediakan ruang tamu yang luas seluas 904 kaki persegi, terdiri daripada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Pilihan kos efektif ini memberikan nilai yang luar biasa, memastikan pembeli rumah boleh nikmati pengalaman hidup yang berkualiti tanpa membebankan wang.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan promosi pra-pelancaran, korang boleh mendaftar dengan segera di 

Packaging Baharu Ecolite Collagen Bird's Nest Drink


Packaging Baharu Ecolite Collagen Bird's Nest Drink| Jika dahulu pembungkusan menggunakan botol kaca agak berat dan mudah pecah, kini Ecolite berjaya mencipta minuman segera sarang burung yang mudah dibawa ke mana sahaja dan boleh diminum pada bila-bila masa. Produk dinamakan Collagen Bird's Nest Drink ini dibungkus dalam bentuk peket kecil yang senang dibawa dengan tiga pilihan perisa iaitu Original, Plus Longan dan Lychee & Rose Syrup


Minuman sarang burung jenama Ecolite memang sentiasa mendapat permintaan ramai. Fara sendiri adalah pengguna Collagen Birds Nest ini kerana selain mempunyai banyak khasiat ianya juga memiliki rasa yang kaya dan nilai pemakanan yang tinggi.

Ada orang kata kalau minum sebotol sarang burung pada setiap hari boleh mengubah badan dan penampilan diri kerana khasiatnya yang boleh mempercepatkan pemulihan, meningkatkan sistem imun, dan mengekalkan keremajaan dengan memperbaiki kulit. Collagen Bird's Nest juga membantu menggantikan keletihan dan menyokong badan korang dengan nutrien yang mencukupi untuk mengisi semula badan korang. Jika amalkan setiap hari, boleh menunjukkan kesan positif yang luar biasa pada penampilan dan kesihatan diri. Cantik luar dan dalam gitueww. Siapa taknak kan? 😍

Sebab Fara Amalkan Ecolite Collagen Bird's Nest Drink

Apabila usia memasuki angka 30 tahun dan ke atas, satu persatu garisan penuaan serta kedut di wajah jelas kelihatan, tubuh juga terasa begitu mudah penat terutama selepas seharian sibuk menguruskan rumah tangga atau tugasan di pejabat.


Istilah cantik itu pula luas dan bersifat subjektif. Ada wanita beranggapan cantik itu perlu ditonjolkan melalui penampilan diri namun ada pula bersetuju ia lebih kepada memiliki kesihatan terbaik luaran dan dalaman. Kalau tanya Fara, Fara lebih memilih untuk memiliki kesihatan terbaik luaran dan dalaman.

Feedback Selepas Mengamalkan Ecolite Collagen Bird's Nest Drink 

Dulu, walaupun dah cukup tidur Fara mudah berasa letih seolah-olah Fara masih tak dapat rehat yang cukup. Nak buat kerja harian pun rasa tiada tenaga dan cepat rasa stress. Ianya sangat mengganggu aktiviti harian Fara terutama emosi.

Setelah cuba  Ecolite Collagen Bird's Nest Drink Fara rasa lebih bertenaga dan emosi jadi lebih stabil. Fara perasan bila dah berumur ni memang badan perlukan supplement tambahan lain untuk bantu diri lebih bertenaga! Menyesal tak cuba dari dulu.. Banyak perubahan baik yang berlaku sejak amalkan  Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni.

Selain itu, ia juga dapat membantu mewujudkan sel kulit baru untuk menggantikan sel kulit lama yang rosak, mencerahkan kulit & membuatkan kulit nampak sihat & muda. Disebabkan dalam bird nest ni ada Collagen, jadi dia dapat mengubah kulit yg kusam & berkerut kepada kulit yang lebih berseri & licin


Selain kulit jadi cantik halus, fungsi lain minuman Sarang Burung dari Ecolite ni boleh :

- Merangsang pertumbuhan sel dalam badan
- Menguatkan sistem imunisasi & pernafasan
- Memperbaiki fungsi organ dalaman
- Kulit awet muda
- Minuman selamat diminum sebab bahan yang diorang guna semua bahan organik & takda campuran pelik-pelik.

Jom Lihat Khasiat Lain Sarang Burung ECOLITE BIRD’S NEST DRINK


- Minuman berkhasiat ini telah terbukti secara saintifik dapat membantu MEMULIHARA SEL, SISTEM PERNAFASAN dan ORGAN DALAMAN TUBUH.

- Selain itu, ia juga membantu memperbaharui sel KULIT agar lebih LEMBUT, GEBU berseri dan AWET MUDA untuk jangka panjang.

- Sarang burung juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan TENAGA dan PEMULIHAN DALAMAN, khasnya MELANCARKAN sistem ALIRAN DARAH dengan lebih lancar.

- Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaikk terhadap PENUAAN

- Manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas MENGUATKAN IMUNITI BADAN dalam melawan penyakit.

Pek Baharu Ecolite Collagen Bird's Nest Drink Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja


Kalau dulu dalam botol kaca agak susah nak bawa travel tapi kini dengan packaging baharu lebih mudah untuk bawa ke mana sahaja. Faktor utama yang buat Fara tertarik dengan produk ini kerana ianya sangat bagus untuk kecantikan diri dan sekaligus baik untuk kesihatan. Faktor kedua, disebabkan jadual harian yang tidak tetap dengan adanya jenis plastik Fara boleh minum dimana jua tidak kira tempat dan masa. Faktor terakhir pula adalah Ecolite Collagen Bird's Nest Drink boleh didapati di Guardian. Fara lebih memilih sesebuah produk yang terjual di Watson atau Guardian kerana ianya lebih 'yakin' untuk diamalkan.


Ecolite Collagen Bird's Nest Drink Yang Fara Amalkan Ada 3 Jenis Varian iaitu :-

- Ecolite Collagen Bird's Nest Drink Original
- Ecolite Collagen Bird's Nest Drink Plus Longan
- Ecolite Collagen Bird's Nest Drink Lychee & Rose Syrup


Boleh ke amalkan sekali banyak macam ni? Boleh.... Setiap varian Ecolite Collagen Bird's Nest Drink mempunyai rasa yang berbeza TAPI fungsi dia SAMA.  Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni macam food supplement bukannya medicine. 

Ecolite Collagen Bird Nest Drink menjadi pilihan kerana ada:-

- Good Manufacturing Practice (GMP)
- Hazard Analysis and Critical Point (HACCP)
- Veterinary Health Mark (VHM)
- Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)
- HALAL
- Meditag Hologram & Registration Number
- Buatan Malaysia

Cara minum Ecolite Collagen Bird's Nest Drink

Minuman sihat ini kaya dengan glikoprotein, kolagen dan asid amino, antioksidan, hormon dan mineral lain yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan secara keseluruhan. Collagen Bird's Nest Drink boleh diambil sama ada suam atau sejuk, bergantung pada citarasa korang. Fara suka minum sejuk. Minum sebelum sarapan pagi semasa perut kosong untuk memudahkan penyerapan.
 
Ecolite

Demikian sahajalah info pengalaman Fara sepanjang mengamalkan Ecolite Collagen Bird's Nest Drink. Kenapa perlukan supplement tambahan? Seperti yang Fara ada tulis di atas, disebabkan faktor umur yang semakin meningkat badan cepat letih jadi supplement seperti ini sangat membantu untuk mengembalikan kecerdasan dan kecantikan diri. Oleh sebab itulah kita PERLU AMALKAN SUPPLEMENT dengan tujuan melengkapkan nutrisi untuk tubuh badan kita, kena pastikan organ dalam tubuh badan kita dapat nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat

Kat mana nak dapatkan Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni?


Pada anda yang berminat untuk mencuba sendiri Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ni boleh terus ke laman sesawang di bawah atau dapatkan terus di Guardian berdekatan pada harga RM5 sahaja! murah kan? Kalau ada offer lagi murah. So korang kena alert! Ada promosi terus grab ok? Boleh beli loose pack atau juga cluster pack. 

Keterangan lanjut mengenai produk boleh layari:

Website : https://www.ecolite.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/ecolitemalaysiapage
Instagram : https://www.instagram.com/ecolite_malaysia/



5 Varian Dermistry+ Booster Serum Ini Terbaik untuk Merawat kulit


ROHTO-MENTHOLATUM MEMPERKENALKAN DERMISTRY+, PAKAR SERUM Dermistry’s Booster Serum dengan Formula Tepat untuk Keberkesanan Tertinggi. Rohto-Mentholatum memperkenalkan Dermistry+, jenama baharu yang pakar dalam serum untuk masalah kulit yang sukar diselesaikan. Nama 'Dermistry' berasal daripada “Dermatologi dan Chemistry”, mencerminkan tumpuan jenama pada sains kulit dan gabungan ramuan yang mujarab, manakala moto 'Pakar Serum' menggambarkan formulasi langsung dan tepat jenama itu.


Dermistry+ disokong oleh piawaian farmaseutikal seratus tahun Rohto, memastikan penggunaan kepekatan tinggi bahan selamat dalam kadar optimum. Komitmen jenama kepada pendekatan penjagaan kulit yang bersih dan minimalis menawarkan dos yang tepat, menggunakan komposisi berbeza untuk mencapai hasil yang berkesan.


Di Malaysia, permintaan untuk serum telah meningkat berikutan, penghidratannya yang sangat tinggi iaitu ciri daripada kebanyakan produk kosmetik yang digunakan untuk pelembap. Pengguna mempertimbangkan serum 'mesti ada' kerana sifat pelembapnya, dan ia juga menyasarkan untuk menyelesaikan masalah kulit.

Dermistry+ menawarkan rangkaian serum pekat komprehensif yang menangani pelbagai kebimbangan penjagaan kulit. Setiap satu direka dengan bahan-bahan berkuasa yang berfungsi untuk menghidrat, mencerahkan, menghaluskan pori-pori, dan anti penuaan Sama ada anda mempunyai kulit berminyak, kering atau kombinasi, Demistry+ telah membantu anda!

Dermistry+ Booster Serum direka untuk menembusi jauh ke dalam lapisan kulit, menyasarkan masalah kulit tertentu dan memberikan hasil klinikal yang terbukti. Produk adalah bebas daripada wangian, alkohol, pewarna, minyak mineral, silikon, dan paraben, menjadikannya sesuai untuk walaupun kulit paling sensitif.

Dengan piawaian farmaseutikal seratus tahun Rohto dan selamat; penjagaan kulit yang berkesan, Dermistry+ Booster Serum wajib dimiliki untuk sesiapa sahaja yang ingin  menangani masalah kulit tertentu.

Terdapat lima varian untuk dipilih iaitu:

Pore Refining & Spot Correcting Concentrate Booster Serum

Dirumus dengan Salicylic Acid dan Niacinamide (10% niacinamide, 1% salicylic acid), serum ini adalah rawatan yang sangat berkesan untuk mereka yang ingin menangani pori-pori besar, tanda jerawat, dan bintik hitam. Serum berkuasa ini membantu untuk menghaluskan pori-pori, mengurangkan penampilan cela, dan meratakan warna kulit. Ia bukan sahaja menambah baik penampilan kulit, tetapi ia juga menghidrat dan menyuburkannya, menjadikannya kelihatan lebih licin, sihat, dan lebih berseri.


Dengan penggunaan biasa, serum ini boleh membantu untuk menggalakkan kulit yang lebih seimbang, sekata, menjadikannya bahagian penting mana-mana rutin penjagaan kulit.


Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum


Dengan niacinamide dan Vitamin C (5% Vitamin C + 0.1% Vitamin A), serum ini adalah sesuai untuk mereka yang ingin mengatasi bintik-bintik gelap dan tona kulit tidak sekata, kerana ia membantu mengurangkan penampilan mereka dan menggalakkan kulit yang lebih berseri. Dengan penggunaan biasa, Niacinamide dan Vitamin C Serum boleh membantu untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan dan penampilan kulit, menjadikannya kelihatan dan berasa lebih licin, lebih sekata, dan banyak lagi terhidrat.

Intensive Hydrating Concentrate Booster Serum


Wajib ada bagi sesiapa yang menghadapi masalah kulit kering, dehidrasi atau kusam. Serum ini mengandungi Vitamin B5 dan Trehalose (10% vitamin B5 dan 2% Trehalose), iaitu direka untuk melembapkan kulit secara mendalam, menjadikannya kelihatan dan berasa lebih anjal serta berseri-seri. Sebagai tambahan kepada manfaat penghidratan, serum ini juga berfungsi untuk mengurangkan penampilan garis-garis halus, menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk mereka yang risau dengan tanda-tanda penuaan. Formulanya yang ringan dan tidak berminyak menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan pagi dan malam sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit biasa anda. Secara keseluruhan, Vitamin B5 dan Trehalose Serum adalah produk penting yang boleh membantu menghidupkan semula kulit yang paling letih dan kusam, menjadikannya kelihatan dan berasa terbaik.


Restorative Radiance Concentrate Age Delay Booster Serum


Anti-Aging Booster Serum ialah rawatan penjagaan kulit yang mujarab yang menggabungkan kuasa peptida, inositol dan PCA (5% Inositol + 2% Arginine PCA + 1% Carnosine) untuk menangani tanda-tanda penuaan seperti garis halus, kedutan, dan kulit kendur. Serum penggalak yang berkuasa ini memberikan penghidratan yang sengit kepada kulit sambil pada masa yang sama berfungsi untuk mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan. Ia formula kuat menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit, dan ia boleh digunakan sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit harian anda untuk membantu anda mencapai kulit yang lebih muda dan berseri. Penggunaan tetap boleh membantu meningkatkan kesihatan dan penampilan kulit secara keseluruhan, menjadikannya kelihatan lebih licin, lebih tegang dan lebih terhidrat.


Prebiotic Activating Concentrate Barrier Repair Booster Serum

Direka untuk mengimbangi semula dan membaiki penghalang kulit untuk semua jenis kulit. Serum ini mengandungi prebiotik dengan enzim aktif lebih daripada 97% ekstrak yis, yang membantu membaiki dan menguatkan penghalang kulit, yang membawa kepada kulit yang kelihatan lebih sihat.


Boleh digunakan sebagai praserum untuk menguatkan penghalang kulit, meningkatkan penghidratan dan meningkatkan penembusan dan keberkesanan produk penjagaan kulit lain dalam rutin anda. Ia membantu mengekalkan mikrobiome kulit, meningkatkan pertahanan semula jadi kulit, meningkatkan pengekalan lembapan, dan menggalakkan kulit yang lebih sihat, lebih berseri.

Reka bentuk pembungkusan Dermistry+ juga mencerminkan komitmennya terhadap estetika saintifik yang bersih. Imej botol premium dan profesional itu menampilkan peratusan bahan utama manakala kotak mempamerkan tanda ikon yang menyerlahkan rumusan secara langsung dan tepat.

Dapatkan Produk-Produk Dermistry+ segera di :



Dermistry+ Concentrate Booster Serum kini boleh dibeli di farmasi Watson dan Lazada serta Shopee pada harga RM90.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dermistry+ klik link di bawah :

TERBARU! The Indulgence Series Coolblog Telah Kembali


Seperti yang kita semua maklum, Coolblog merupakan jenama pencuci mulut dan minuman Halal berasaskan kiosk perintis Malaysia telah mencipta pelbagai perisa dan sentiasa berinovasi supaya dapat memenuhi pilihan citarasa yang berbeza. Bermula 13 April 2023, korang boleh dapatkan minuman The Indulgence series yang popular dengan empat perisa.


Minuman The Indulgence series dari CoolBlog menawarkan 4 perisa iaitu Lattecino Indulgence, Choctiramisu Indulgence, Triple Coffee Indulgence dan yang terbaru Cookies & Cream Indulgence. Korang boleh nikmati minuman ini dengan topping caramel sauce, cheese mousse, and Lotus Biscoff crumbs.


Korang boleh dapatkan minuman The Indulgence series di outlet Coolblog berdekatan dengan harga :

1) Lattecino Indulgence (500ml) : RM9.90
2) Choctiramisu Indugence RM10.90 (500ml) dan RM11.90 (700ml)
3) Triple Coffee Indulgence RM10.90 (700ml)
4) Cream & Cookies Indulgence RM10.90 (500ml) dan RM11.90 (700ml)

Untuk Salted Caramel Waffle pula, korang boleh beli pada harga RM7.90


Jom, dapatkan minum kegemaran korang dari The Indulgence Series di out Coolblog berhampiran.

Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari:

Websitehttps://www.coolblog.com.my/
Facebookhttps://www.facebook.com/coolblog.my
Instagramhttps://www.instagram.com/coolblogmalaysia/
TikTokhttps://www.tiktok.com/@coolblogmalaysia
Twitterhttps://twitter.com/CoolblogMY


40 USAHAWAN WANITA B40 DAN 12 RUMAH WARGA TUA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA HADA LABO WE CARE FOR SOCIETY TAHUN INI



KUALA LUMPUR, 6 April 2023 – Hada Labo, jenama penjagaan kulit terkenal, sekali lagi mengambil langkah ke hadapan untuk meningkatkan kehidupan wanita B40 melalui kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunannya, “We Care for the Society” yang menyasarkan untuk mendidik dan melengkapkan golongan wanita ini dengan pengetahuan dan kemahiran yang berguna seterusnya membantu mereka mencapai bebas daripada masalah kewangan. Program mendekati golongan wanita berpendapatan rendah B40 telah dijalankan dengan kerjasama Women Of Will (WOW) dan Watsons.


Melalui kempen ini, Hada Labo berjanji untuk menderma RM1 daripada setiap produk Hada Labo Premium Whitening yang dijual di cawangan Watsons di seluruh negara untuk kempen dana "We Care for Society" sepanjang bulan Mac. Melalui perkongsian dengan Watsons, Hada Labo telah berjaya mengumpul RM50,000 untuk menyokong kempen ini.

Dana yang diperoleh melalui kempen ini digunakan untuk menyokong seramai 37 wanita B40 berpendapatan rendah seperti pembuat biskut dan tukang jahit wanita dalam menyediakan 22,000 biskut dan menjahit 500 uncang untuk 500 warga emas dari 12 rumah kebajikan warga emas yang berbeza di sekitar Lembah Klang sempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang.


Antara rumah kebajikan yang dihadiri oleh Hada Labo untuk pengagihan biskut dan uncang, ialah Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, My Aged Care, Laman Khaira, Darul Insyirah, Zara Aisyah Care Centre, Pusat Jagaan Husna Arrashid, Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda dan Pertubuhan Cahaya Hati Selangor.

Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum Malaysia, telah menyatakan komitmen terhadap tujuan dan sokongan jenama kepada wanita berpendapatan rendah B40 sejak pandemik Covid-19. Beliau berkata, jenama ini akan terus membantu wanita yang kurang bernasib baik pada masa hadapan juga.

“Kami telah menjalankan kempen ini dengan WOW & Watsons sejak empat tahun lepas untuk membantu meningkatkan kehidupan wanita B40 yang terjejas teruk semasa wabak dan walaupun kita kini dalam fasa endemik, keadaan ekonomi mereka masih belum pulih berikutan kadar inflasi yang tinggi. Kami berharap program kami akan berupaya memberi sedikit bantuan kewangan terutamanya dengan kehadiran Hari Raya tidak lama lagi,” kata Lim.



Kakitangan Hada Labo juga turut serta dalam lawatan ke rumah kebajikan warga tua untuk pengedaran biskut raya dan kerja komuniti di rumah kebajikan terpilih sebagai tanda kasih sayang dan keprihatinan mereka terhadap warga tua.

Ketua Pegawai Operasi WOW Lakshwin Muruga menambah, bahawa masyarakat berpendapatan rendah masih terkesan dari segi kewangan walaupun selepas wabak. Pendapatan yang diperolehi tidak cukup untuk menampung perbelanjaan mereka dan pemilik perniagaan kecil-kecilan mendapati sukar untuk membuat keuntungan dengan kadar inflasi yang tinggi.


“Kami amat menghargai sumbangan kewangan oleh Hada Labo dan kami pasti ia akan membuat perubahan dalam kehidupan wanita-wanita ini terutama pada musim Hari Raya di mana perbelanjaan biasanya lebih tinggi semasa musim perayaan,” katanya.

“Secara keseluruhannya, usaha Hada Labo untuk meningkatkan kehidupan wanita B40 adalah membanggakan, dan komitmen untuk membuat perubahan melalui kempen sebegini sememangnya patut dipuji.

Tumpuan jenama untuk memperkasakan komuniti berpendapatan rendah dengan kemahiran dan pengetahuan berharga yang boleh membantu mereka mencapai bebas masalah kewangan adalah benar-benar memberi inspirasi,” tambahnya.


Untuk maklumat lanjut atau menyokong kempen masa depan, layari www.hadalabo.com.my atau ikuti laman Facebook mereka: MyHadaLabo.


TERBARU Gumash memperkenalkan set penjagaan rambut seperti Hair Serum, Hair Mask dan Hair Tonic


Memandangkan kita beragama islam, pengambilan produk pewarna rambut yang halal perlu untuk memastikan wudhuk sah dan solat dapat dilaksanakan dengan sempurna. Nak pilih pewarna rambut telus air ni mungkin sedikit mengelirukan sebab ada terlalu banyak pilihan di pasaran. Tapi sekarang, nak cari pewarna rambut halal itu mudah dan senang sahaja.


Kelmarin Fara menghadiri majlis pelancaran produk penjagaan rambut jenama Gumash. Setelah kukuh berada di pasaran selama lima tahun, dan bermula dengan hanya tiga pilihan warna rambut Gumash kini telah mengeluarkan lapan pilihan warna yang sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Antara pilihan warna tersebut ialah Auburn, black Burgundy, Chestnut, Copper, Dark Brown, Dark Red dan Ruby.

Rangkaian produk rambut Gumash berkualiti antarabangsa

 

Bagi memenuhi permintaan pengguna, Rangkaian Mercu Resources Sdn Bhd syarikat bumiputra dan peneraju rangkaian produk penjagaan rambut jenama Gumash ini juga telah memperkenalkan produk pewarna rambut Mesra Wudhu’ / Wudhu’ Compliance. Setiap produk dihasilkan adalah mengikut aliran terkini dan mengikut piawaian kehendak shariah.

Bukan sahaja menitik beratkan soal hukum, bahkan Gumash juga mementingkan kualiti produk supaya setiap pengguna boleh menikmati produk yang premium dari Gumash setanding dengan produk jenama popular antarabangsa.

TERBARU Gumash memperkenalkan set penjagaan rambut seperti Hair Serum, Hair Mask dan Hair Tonic

Selain itu, menyedari kepentingan penjagaan rapi untuk rambut, Gumash turut memperkenalkan set penjagaan rambut seperti Hair Serum, Hair Mask dan Hair Tonic. Ini menjadikan Gumash sebagai syarikat yang mengeluarkan set penjagaan rambut lengkap dan sah untuk dibawa solat.


 


Pelancaran Gumash kali ini dibuat bagi meraikan kedatangan dan keberkatan bulan Ramadan. Memahami keinginan pengguna yang inginkan kecantikan, produk-produk penjagaan rambut dan pewarna rambut yang berkualiti tinggi ini boleh digunakan untuk menyerlahkan penampilan di Hari Raya. Paling penting korang tak perlu was-was kerana rangkaian produk Gumash mementingkan penggunaan bahan-bahan yang suci dan halal di setiap produk keluarannya.

Berikut ialah 2 rangkaian produk baru yang di perkenalkan pada hari pelancaran :

1. Gumash Color Expert Shampoo yang merupakan Color Expert Shampoo yang pertama keluaran syarikat bumiputera Malaysia.


Dengan kualiti dan bahan - bahan premium pengguna yang kerap mewarnakan rambut , disarankan menggunakan syampu ini agar warna kekal tahan lebih lama serta rambut kelihatan lebih sihat dan bersinar.

2. Gumash Saloon Collection, yang merupakan pakej dan koleksi khusus untuk kegunaan salon agar memudahkan mereka menepati kehendak dan citarasa pelanggan.

Ianya juga bagi merealisasikan permintaan yang tinggi dari salon untuk Gumash mengeluarkan koleksi khas, khusus untuk kegunaan salon bagi memenuhi permintaan pelanggan mereka. Ini kerana kebanyakkan pelanggan ingin pewarna rambut yang lebih mewah dengan bantuan kepakaran pendandan rambut di salon.


Pelancaran kali ini bukan sahaja memperkenalkan rangkaian baru produk Gumash tetapi turut meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti Islam akan kepentingan memilih produk perwarna rambut yang betul dan sah untuk tujuan beribadah. Umum mengetahui produk pewarna rambut Gumash adalah tanpa ammonia dan paraben. 

Gumash amat mementingkan kualiti produk dan sentiasa memastikan pengguna menikmati produk yang premium dari Gumash setanding dengan produk jenama popular antarabangsa. Visi ini sejajar dengan sasaran Gumash untuk menembusi pasaran antarabangsa. Tidak hanya selesa mempunyai ramai pengguna tetap dari seluruh negara, produk Gumash juga telah menembusi pasaran antarabangsa seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina dan akan datang Turki.

Produk Pewarna Rambut Pilihan Saya

Bagi korang yang sukakan pewarna rambut halal sah solat dan juga organik jangan lupa try Gumash. Selain Halal ianya juga sesuai digunakan untuk rambut kering atau rosak kerana bahan utama produk mereka mengandungi minyak argan dan koko butter yang bermanfaat untuk kesihatan rambut. Kandungan bahan-bahan itu akan memberikan anda rambut yang berkilat dan lembut.

Tambahan pula, pewarna rambut terbaik ini tidak mengandungi ammonia yang akan merosakkan rambut anda.


Paling penting, telah disahkan halal dan telus air, jadi wanita muslimah boleh mewarnakan rambut dengan hair coloring ini dan dalam masa yang sama, ianya sah wudhu 

Produk ini juga tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan selamat digunakan terutamanya jika korang mempunyai kulit rambut sensitif.

Syampu pewarna rambut Gumash

Bila selalu guna pewarna rambut, Fara faham ramai risau takut terjadinya rambut gugur, kering, rosak, kulit kepala gatal, kelumumur dan sebagainya. Gumash Color Expert, Diperkaya dengan bahan semulajadi seperti Minyak Argan dan Vitamin E yang merawat rambut menjadikan rambut berwarna anda tidak kusam, lebih lembut, sihat dan bersinar


Untuk korang yang mencari pewarna rambut halal dan syampu, Fara cadangan korang membeli brand jenama Gumash. Gumash merupakan salah satu produk pewarna rambut halal yang disukai ramai. Ramuan yang digunakan adalah mematuhi shariah dan ianya juga sah wuduk. Malahan, produk pewarna rambut mereka juga disahkan oleh panel shariah. Oleh itu anda tidak perlu berasa was-was. 

Jom dapatkan rangkaian produk GUMASH sekarang!

Pewarna rambut Gumash boleh didapatkan dari laman sesawang dan media sosial Gumash, stokis, ejen dan salon-salon muslimah terpilih seluruh Malaysia.

Facebook : https://www.facebook.com/gumashcolor
Instagram : https://www.instagram.com/gumashcolor/