Customize Hadiah bersama Printcious.my



Assalamualaikum..


Pernah tak korang perasan kebanyakan doorgift, canvas, pillow, mug, puzzles, dan sebagainya boleh letak gambar sendiri/muka anak/etc di situ? Haaa! Semuanya boleh buat di printcious.my taw! 

Nak buat sendiri tangan tidaklah kreatif mana. Lain yang buat lain jadinya. Dengan adanya website printcious.my ianya tidak mustahil untuk korang customize design yang diinginkan. Nah, ni contoh yang fara customize sendiri Mug dan Mini Tees comel ni. 






Baby on board

Sebelum ni dah banyak design fara beli tapi semuanya cepat bosan dan sering tukar design baby on board dikereta. Bila dapat tahu printcious ada jual Mini Tees secomel ini terus fara grab satu. Fara cuma tambahkan icon comel sahaja. Gambar icon ni boleh search di google image ya. Soooo cute!! Tak sabar nak pasang kat kereta. hehe


Depan Mini Tees

Belakang Mini Tees


Mug

Dari dulu memang teringin nak design sendiri mug akhirnya tercapai jua. Fara beli mug ni satu dulu untuk lihat sama ada design yang fara buat sama atau tidak dengan yang printcious buatkan. Im soo happy!! Setiap details yang fara customize sememangnya sama dengan mug yang fara dapat. Goodjob printcious! i loveee it!!

Next time fara akan tambah satu lagi koleksi mug untuk dipasangkan dengan mug fara "mr.husband" pula. Cannot wait!!







Bagi yang confius, Printcious merupakan penjenamaan semula daripada website HeartBeat.my ye.
Tergugat tak tengok mug dan mini tees yang fara customize ni? So tunggu apa lagi customize lah sendiri ikot citara korang!




Tips untuk customize : Pastikan icon yang korang nak masukkan tu mempunyai latar belakang transparent. Ianya akan membuatkan rekaan korang nampak lebih asli. 


Untuk Keterangan lanjut, sila layari :


Website

Belajar Sambil Bermain bersama Toysdirect.my

Inginkan permainan yang unik untuk anak-anak anda? 
tidak tahu apa yang anda ingin belikan? 
Belajar sambil main adalah yang terbaik buat si manja anda!!


Belajar sambil bermain menjadi salah satu kaedah belajar yang efektif dan cukup menarik terutama di kalangan anak-anak. Melalui kaedah pembelajaran ini, anak-anak menjadi lebih aktif dan kreatif. Belajar sambil bermain juga merupakan kaedah yang pembelajaran yang tidak membosankan, kerana ia  merupakan pembelajaran serta cara mengajar yang cukup menyenangkan.

Jangan khuatir bila si kecil asyik hendak bermain sahaja. Sebenarnya kanak-kanak memang belajar sambil bermain terutama yang berusia enam tahun ke bawah.

Aktiviti bermain boleh dijadikan satu bentuk pembelajaran berkesan jika kena gayanya. Yang penting anda juga perlu bersama menyokong aktiviti rangsangan tersebut. Tidak perlu risau jika anda sibuk dengan kerja sampai tiada masa untuk bersama anak anda kerana sekarang telah banyak permainan yang boleh membantu anak anda untuk belajar. Jadikan waktu rehat anda sebagai masa yang paling berharga untuk bermain bersama anak-anak.

Beli Barang Mainan Anak Murah Di Toysdirects

Toysdirect merupakan salah satu website yang menjual barangan penjagaan bayi dan mainan kanak-kanak yang selamat dan berkualiti. Buku cerita, flash card, maze, puzzle, building blocks, toys, baju dan sebagainya turut dijual disini. Mudah untuk anda beli tanpa perlu membuang masa mencari dikedai permainan. Dengan harga yang sangat berpatutan toysdirect sememangnya menjadi pilihan Utama bagi ibu bapa untuk membelikan permainan untuk simanja mereka. 

Kenali Minat Si Manja

Cara Fara dalam membeli mainan untuk anak, Fara akan lebihkan faktor kreatif dalam bermain. Sebagai contoh, Fara perasan Aimi memang minat sangat dengan Cashier Register Playset dari toysdirect dan kebetulan Aimi memang lebih pada skill mengemas. Bila dirumah Fara akan bermain dengan Aimi susun barang ikut warna sambil mengira. So, Kegunaan Cashier Register Playset sangat sesuai untuk Aimi. Fara akan meminta Aimi ambil barang dan kemudian masukkan kedalam trolley dan kira nilai menggunakan cashier.

Pada awalnya memang agar sukar untuk simanja menerima arahan, lama kelamaan ianya akan membuat simanja memahami arahan dan membuat seperti yang diminta. Interaksi sebegini dapat merapatkan lagi hubungan antara ibu dan anak.




Trolly ni dah lama Aimi mengidam tapi fara belom belikan lagi. Harga Cashier Register Playset dari toysdirect sangat mampu milik iaitu RM66 sahaja. Pelbagai set yang ada dari set A hinggalah set D. Perbezaan Set ini adalah dari sudut saiz trolley dan juga warna. Boleh lihat perbezaannya  Disini .


Satu lagi minat Aimi main masak-masak. Anak perempuan memang rajin mengemas dan memasak. toysdirect juga ada jual Woody Puddy Vege Cutting Playset dengan harga hanya RM52 sahaja. Comel sangat set ni ada pisau, carrot, tomato, dan sebagainya simanja. 

Kalau nak diceritakan memang banyak sangat pilihan permainan yang ada di Toys Direct ni. Flash card, buku cerita, carpet, kinetic sand dan sebagainya. Pilih mana yang simanja berkenan dan bermainlah bersamanya. Nikmati setiap saat anda dengan simanja ketika kecil agar ia dapat mempengaruhi tumbesarannya untuk membesar lebih baik.

Bagi yang ingin SELF COLLECT, Boleh ambil barang di lokasi yang berdekatan :

1) Kepong Tmn Bukit Maluri / Desa ParkCity (Hari Time)
2) Desa Sri Hartamas (hari bekerja 10:00)
3) Bandar Utama Centerpoint (Sabtu 11:00-12:15)
4) Jalan Kapar, KLANG (waktu pejabat sahaja)
Untuk koleksi Jalan Kapar, sila maklumkan 2 hari lebih awal.


Eliz Essential Serum


Eliz Essential 
"Enjoy exploring new value in life "


Wajah yang cantik dengan kulit putih bebas jerawat pastilah menjadi idaman bagi setiap wanita. Dengan memiliki kulit wajah yang putih dan mulus akan menambah kepercayaan diri bagi seorang wanita. Mereka rela melakukan apa saja untuk mendapatkan kulit putih mulus termasuk dengan menggunakan serum vitamin C untuk wajah, yang konon dapat membuat wajah terlihat bersih putih dan cerah

Namun dengan seiring perkembangan teknologi yang semakin canggih dalam bidang kecantikan, vitamin C diolah menjadi sebuah produk yang akan membuat manfaat vitamin C lebih mudah terserap bagi kulit khususnya wajah, salah satunya yang diciptakan adalah produk serum Eliz Essential yang dikhususkan untuk kecantikan wajah.


Fungsi UTAMA Eliz Essential Serum

 Menghilangkan Jerawat
 Menaikkan Seri Wajah (Glowing)
 Kaya dengan khasiat untuk kulit muka
 Melewatkan Proses Penuaan pada kulit wajah (anti-aging)
 Memutihkan Kulit Wajah
 Mengurangkan masalah kulit berminyak & kusam
 Mengurangkan kesan parut jerawat






Serum Eliz Essential ini yang terbuat dari bahan alami merupakan formulasi yang ringan dan mudah diserap kulit. Jika dibandingkan dengan krim atau lotion, hasil pengguna selepas menggunakan serum Eliz Essential adalah lebih cepat tanpa kesan sampingan pada wajah. Krim atau lotion kesannya hanya sementara tetapi serum Eliz Essential memperbaiki wajah sedikit demi sedikit. 


Kebaikan Eliz Essential Serum

 Memutihkan wajah
 Mengurangkan minyak di muka
 Memudarkan bekas parut jerawat

Banyak lagi kebaikan . Nak tahu kene try huhu . Serum Kecantikan Eliz ni juga Wangi taw sebab ada extract buah & sesuai untuk kulit SENSITIF !!! .

Cara penggunaan:

Titikkan setitik Eliz Essential serum ditelapak tangan kemudian sapukan pada seluruh wajah secara lembut. Boleh dipakai pada bila-bila masa.

Tips : Sapuan lebih pada kawasan jerawat yg teruk.

Harga Eliz Essential Serum :

Rm50 per unit

Isi Kandungan : 

15ml

Untuk Pembelian atau Pertanyaan Sila Hubungi :

 HQ Eliz Essential : 013 330 4346

Buat hadiah Sendiri (DIY) bersama PRINTCIOUS


Assalamualaikum....


Bila bercerita tentang DIY ataupun "do it yourself" mesti ramai yang suka mendeko barang lama untuk dicantikkan semula dengan versi yang tersendiri kan? Kadang yang mana ada jual dikedai tidak semua yang ikot citarasa kita. Ada yang cantik tapi warna pula tidak berkenan, ada sahaja bende yang tidak kena bila beli barang yang sedia siap.




Sekarang ni, korang tak perlu risau sebab Printcious merupakan salah satu website yang membolehkan kite pilih dan deko sendiri barang tersebut mengikut citarasa masing-masing tanpa limit!! Kategori barang yang boleh dideko dari Printcious juga banyak pilihan serta mudah untuk dipilih. Antara kategorinya, t-shirts, mugs, cushions, phone cases, baby rompers, bag, caps dan pelbagai lagi seperti contoh gambar dibawah.







Zaman dah serba moden ni tak perlu lagi bersusah payah untuk beli dikedai mencari hadiah untuk yang tersayang. Online shopping sahaja di Printcious sudah memadai kerana disini juga turut menyediakan pelbagai hadiah seperti wedding, birthday, National day, mothers day, fathers day dan banyak lagi. Yang paling istimewanya di Printcious korang hanya perlu pilih dan design sendiri hadiah tersebut untuk yang tersayang. Sangat mudah dan senang. Gunakan segala kreativiti korang dan hadiahkan pada tersayang sudah pasti akan membuatkan si dia tersenyum gembira!


Printcious dengan taglinenya "Precious Gift From Your Heart", Printcious menyediakan perkhidmatan percetakan secara online dengan lebih dari 200 hadiah DIY yang boleh dijadikan hadiah lebih bermakna sempena harijadi, wedding day ataupun majlis-majlis korporat seperti T-Shirt, Mug, Puzzle, Cover HP, Cushion, Mousepads dan banyak lagi..


Meh fara tunjukkan sedikit contoh nak beli bantal couple dan deko sendiri. Kalau fara suka pilih barang yang boleh digunakan macam bantal, mug, t-shirt, dan phone case. Pertama sekali korang mestilah join member dari  Printcious dan selepas tu barulah boleh mendeko.





Contohnya fara dah join member Printcious dan ingin membeli cushions ikot style fara. Selepas dah login fara pilih "create" dan pilih "cushions" sebagai step pertama untuk start deko. Kemudian tekan "customise your own cushions here" akan keluar gambar seperti diatas




Kemudian pilih warna yang korang suka. Macam fara pilih warna merah untuk cushions ni dan klik "customise it"



Di bahagian inilah yang perlu korang deko nak letak tulisan, gambar, semuanya terpulang ikot citarasa korang sendiri.






Bila dah siap edit cushions klik done dan ready untuk check out! Cantikkan? Penghantaran hanya mengambil masa dalam 4-10 hari sahaja bergantung pada tempat. Kalau nak FREE penghantaran boleh amik sendiri barang yang telah diorder di OFFICE Printcious di klang.


Untuk Keterangan lanjut, sila layari :

Keindahan Taman Saujana Putrajaya (PART ||)

Assalamualaikum...

Here again sambungan PART | Keindahan Taman Saujana Putrajaya. Kalau haritu fara pergi tak prepare barang, kali ni fara dah pakai kasut, dan bawa kelengkapan barang aimi in case die nak susu selepas penat berjalan. Kenapa kena pakai kasut? hehe... Kat sini kawasan berbukit dan lebih sesuai jika mengenakan kasut sebab ade sesetengah kawasan disini kene naik bukit. Walaubagaimana pun, bergantung pada keselesaan korang nak pakai kasut or selipar asalkan jangan pakai heels sudah memang sakit kaki jawabnya. Fara lebih memilih kasut sebab senang nak mendaki bukit dan mengelakkan kaki daripada berpeluh.

Kelmarin fara pergi area Bustan Inggeris, kali ni fara berjalan arah Bustan Eropah pula. Kawasan disepanjang Bustan Eropah lebih mencabar dengan jalan yang sedikit curam. Berkesampatan juga untuk mendaki ke kawasan yang paling tinggi disitu.

Lets enjoys the views :









Aimi in actions!! Aimi lebih excited masa pergi kali ni. Macam-macam ragam dan style die posing.









Pandangan dari bawah ke atas bukit. Atas bukit tulah yang fara mendaki. Ada laluan yang kecil perlu diikut sepanjang mendaki ke sana. Serius dedau badan masa mendaki.






Start gambar dibawah ni merupakan sepanjang perjalanan untuk mendaki keatas bukit. Views sepanjang jalan sememangnya menyenangkan hati dan tak mustahillah ramai yang datang kesini untuk beriadah.





Pada awalnya macam tak percaya kene naik bukit guna laluan kayu ni sebagai panduan untuk keatas. Berani tak berani je masa naik. Yang penting masa nak naik tu kalau bawak anak-anak pastikan keselamatan mereka terjaga. Sentiasa kawal dan memerhatikan gerak geri anak-anak semasa mendaki kerana ade sesetengah laluan tu kayunya agak goyang dan berbesi timbul. Kalau tak perasan boleh tercucuk tapak kaki. So, always be alert all the time! 















Yehaaaaaa!!! We did it!!.. Setelah sekian lama tak berjalan sejauh ni walaupon penat rasa berbaloi sangat. Sampai sahaja diatas semua penat terus hilang. Gambar dibawah pula views sepanjangnya diatas bukit.
















Ni masa turun bukit. 



Turun bukit akan jumpa balik Bustan Inggeris macam PART | haritu.




Lets goooo home. Rasa nak lepak sini hari-hari. Boleh bersantai, tengok permandangan malah nak jogging pon tak de masalah. Memang tempat riadah yang paling best di putrajaya! 


Next destinasi keindahan putrajaya? Coming soon.... InshaAllah...