Cara/Tip Mencegah Kerosakan Gigi Daripada Berlaku

Kepentingan Gigi

Ramai yang masih memandang remeh tentang penjagaan gigi walaupun sedia umum mengetahui kekurangan amalan penjagaan mulut mampu memberi kesan kepada emosi. Namun begitu, penjagaan gigi yang betul termasuk membersihkan gigi dengan kerap mampu mencegah masalah tersebut. Malahan gigi yang bersih dan cantik sebenarnya memberi keyakinan kepada orang yang menjaganya dengan cara yang betul. Kesihatan gigi atau mulut sangat berkait rapat dengan kesihatan keseluruhan tubuh seseorang, malah doktor dan saintis terus mencari hubung kait antara penyakit mulut dengan penyakit lain.

Image result for teeth

Cara/Tip Penjagaan Gigi yang Betul

Sekiranya anda tidak membersihkan gigi dengan baik setiap hari, risiko mendapat pereputan gigi akan meningkat. Tanda-tanda awal pereputan gigi termasuk lubang pada gigi, kesakitan ketika menggigit atau rasa sensitif dan sakit gigi. Oleh itu, beberapa tip mencegah gigi daripada rosak disebabkan bakteria ini mungkin berguna kepada anda. Jika kita memiliki gigi dan gusi yang sihat, maka kuranglah bakteria yang akan masuk ke dalam salur darah dan merebak ke bahagian tubuh lain, malah kualiti hidup akan menjadi lebih baik.

     1. Lakukan Pemeriksaan Ke Klinik Pergigian


Related image
  • Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan scaling. Cari doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masa berbincang tentang penjagaan gigi, dan anda perlu tunjuk minat tentang kesihatan mulut dan gigi. Jika anda telah melakukan disiplin penjagaan gigi dengan betul, rutin berjumpa doktor gigi dua kali setahun boleh bertukar kepada sekali setahun sahaja.
  • Mengehadkan pengambilan makanan dan kurangkan memakan makanan ringan terutamanya yang mengandungi gula.

       2. Teknik Memberus Gigi 


Related image
  • Menerapkan tiga elemen sewaktu mencuci gigi iaitu berus, flos, dan kumur. Bukan hanya memberus. Sangat penting mulut dijaga bersih dengan tiga elemen ini kerana plak adalah punca masalah utama mulut seperti bau busuk, pereputan gigi dan penyakit gusi.
  • Berus gigi dua kali sehari dan menggunakan flos sekurang-kurangnya sekali sehari. Semasa memberus gigi, halakan berus 45 darjah ke arah gusi dan putarkan kepala berus dalam gerakan bulatan dengan perlahan. Sebaik-baiknya berus gigi di hadapan cermin supaya anda nampak bahagian mana yang telah diberus dan bahagian mana yang tertinggal.
       3. Guna Berus Gigi yang sesuai

Image result for brush teeth
  • Gunakan berus gigi yang sesuai dan tukar setiap tiga bulan. 
  • Memilih berus gigi yang betul serta mempunyai kebolehan menyingkir plak adalah penting bagi mengekalkan kesihatan gigi yang baik
  • Dalam usaha membantu meningkatkan tahap kesihatan gigi dan gusi rakyat Malaysia, Oral-B telah memperkenalkan berus gigi yang direka khas untuk penyingkiran plak secara efektif seperti berus gigi Oral-B CrossAction Massage.
  • Antara ciri unik berus gigi tersebut adalah CrisCross bristles (berus silang pangkah) dan gum stimulators (stimulator gusi) yang dapat membantu menyingkirkan plak dengan lebih efektif
       4. Guna pencuci mulut berflorida


  • Sebaiknya, kumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum tidur tapi mesti digunakan selepas beberapa minit memberus gigi.
  • Dinasihatkan 30minit sebelum dan selepas menggunakan ‘mouthwash’ ini jangan ambil sebarang makanan. Pilih pencuci mulut berflorida yang tiada kandungan alkohol kerana ia boleh menyebabkan ‘ulcer’ bagi yang mempunyai gusi sensitif.

Kesihatan Diri Bermula dari mulut

Kesihatan yang baik bermula di mulut. Ini kerana permulaan proses pencernaan makanan ataupun permulaan sistem penghadaman berlaku di dalam mulut kita. Kebolehan untuk mengunyah dan menghadam makanan juga merupakan satu faktor penting dalam menjaga kesihatan diri.

Mulut yang bersih dapat mengurangkan risiko mendapati penyakit gigi seperti periodontitis yang boleh menyumbang kepada permulaan penyakit serius seperti penyakit jantung dan kencing manis.

IBKEEO Mencuci Mulut Dengan Bersih, Mencegah Gigi daripada Rosak dan Memutihkan Gigi Anda

Rakyat Malaysia perlu memberi keutamaan kepada kesihatan gigi bagi mengekalkan gaya hidup yang sihat dan perlu berhati-hati dalam pemilihan pemakanan. Pencegahan plak harus di mulakan di rumah dengan amalan dan penggunaan alatan pembersihan gigi, seperti berus gigi, yang betul dan mencuci mulut menggunakan Premium Mouthwash dari IBKEEO.


Dengan menggunakan IBKEEO Premium Mouthwash ini gigi anda dapat dilindungi dari kerosakan. Malah, ianya juga boleh mengurangkan masalah nafas berbau. Sememangnya produk yang menjaga kebersihan mulut dengan begitu hebat sekali!

Lihat Bagaimana Ianya berfungsi membersihkan mulut



Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. lihat sendiri gambar diatas bagaimana Plak dapat di singkirkan secara efektif dengan IBKEEO Premium Mouthwash. Di sarankan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali setiap hari, selepas makan, dengan menggunakan berus gigi yang betul kemudian baru menggunakan IBKEEO Premium Mouthwash untuk kesan yang menakjubkan.

Selamat Tinggal Bakteria Jahat!!


Usah risau lagi jika selepas makan ada makanan yang terselit di celah gigi. Hanya kumur-kumur dengan Premium Mouthwash gigi anda bebas dari bakteria.

Perokok juga boleh menggunakan IBKEEO Premium Mouthwash


Perokok adalah dua kali lebih terdedah kepada masalah pergigian daripada bukan perokok. Kebersihan mulut yang baik akan mengurangkan kesan nikotin dan mengurangkan jangkitan Leukoplakia. Walaupun anda masih merokok, tidak salah untuk mencuci mulut menggunakan Premium Mouthwash ini. Sekurangnya gigi anda masih dalam keadaan baik dan terjaga.

Cara Menggunakan IBKEEO Premium Mouthwash

Dengan hanya 4 langkah mudah penggunaan Premium Mouthwash gigi anda dilindungi setiap masa!


Ikut Step pada gambar diatas bagaimana cara pemnggunaan Premium Mouthwash :

Langkah pertama : Letakkan 10-15ml IBKEEO ke dalam cawan kosong
Langkah Kedua : kumur-kumur dalam 20 ke 30 saat
Langkah Ketiga : Meludah keluar ke dalam cawan kosong tadi dan anda akan melihat sisa protein yang kelihatan!
Langkah Keempat : Nikmati gigi segar dan kebersihan mulut yang sihat


Senyuman menjadi indah dengan adanya IBKEEO Premium Mouthwash 

Senyuman itu mampu membuat hati yang resah berasa tenang. Dengan tersenyum anda lebih berasa yakin dan ceria selalu. Percaya tak, dengan disebalik sebuah senyuman itu juga memiliki makna dan manfaat yang mendalam. Meskipun hanya sekejap, senyuman dapat menjadi sebuah kenangan yang terpahat selamanya. Senyum dapat membuatkan orang disekeliling kita turut berasa gembira dan selesa. Kegelisahan dapat ditenangkan dengan senyuman yang juga mendatangkan keceriaan bagi yang berkecil hati serta suasana kegembiraan bagi yang sedih.



Jika anda seorang yang.......

inginkan gigi yang putih
suka tersenyum
perokok
memakai pendakap gigi
penjaga keberishan

cubalah Premium Mouthwash dari IBKEEO ini. Selain mencegah bakteria ianya juga boleh memutihkan gigi yang kuning, menyegarkan mulut, melindungi gigi dari cavity dan sekaligus menguatkan gigi. 4 Bahan asasnya iaitu Ginseng, Tea Tree, White Peony, Allantoin, dan Licorice masing-masing mempunyai khasiat yang tersendiri untuk kesihatan gigi dan mulut.


4 idea Kreatif Simpan kenangan dengan cara yang mudah

Assalamualaikum... Hi!


Sejak kehadiran Aimi  dalam hidup, adalah satu pengalaman dan juga satu nikmat yang tidak terhingga yang Allah SWT berikan. Benar kata orang, anak adalah harta yang tidak ternilai dalam sesebuah perhubungan. Tanpa anak, rumah jadi sunyi sepi dan tidak ceria. Walaubagaimanapun, rezeki setiap orang berbeza begitu juga dengan rezeki anak. Ada yang menunggu rezeki anak bertahun tapi tidak diizinkan lagi oleh Allah SWT. Tapi, percayalah pasti ada hikmah yang tersirat dan hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. 


Bila berbicara mengenai kenangan, pasti ramai yang suka meyimpan kenangan tidak kira kenangan melancong, hari perkahwinan, keluarga dan sebagainya dalam bentuk yang pelbagai. Menyimpan foto-foto kenangan di album foto itu memang manis. Dalam era serba modern sekarang, selain menyimpan kenangan didalam foto album, tahukah anda banyak lagi cara lain untuk mengabadikan kenangan?

4 idea kreatif yang boleh anda lakukan untuk mengingat segala kenangan yang berharga adalah :

1) Membuat T-Shirt Family

Image result for t shirt family

Telah menjadi trending untuk membuat baju family dan salah satu keistimewaanya anda boleh pakai pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, dengan memakai baju yang sama dengan ahli keluarga lain dapat mengeratkan lagi  hubungan silaturahim. Bayangkan apabila anda dan kesemua ahli keluarga yang lain memakai baju yang sama ketika membuat aktiviti diluar, sudah pasti orang akan kagum dengan keeratan hubungan anda dan keluarga. Kelebihan lain pula, senang untuk anda pantau anak-anak semasa aktiviti dijalankan dengan melihat baju sahaja.



2) Membuat Mug


Apa kata sesekali tukar citarasa dengan menyimpan kenangan dengan membuat mug pula? Selain boleh dibuat minum, mug juga boleh disimpan didalam almari untuk tatapan sendiri. Yang bestnya, ada mug yang boleh anda reka dan letak sendiri gmbar yang diinginkan. Jadi, bolehlah anda reka megikut citara anda sendiri.


3) Cushion Set / Bantal

Image result for cushion printcious

Menariknya cushion atau apabila dibuat kenangan boleh diletakkan di tempat tidur, dalam kereta, dan sebagainya. Selain boleh dipeluk, ia juga bileh dijadikan perhiasan.


4) Membuat Magnet


Terbaru, anda juga boleh mengabadikan kenangan anda dalam bentuk magnet. bagi peminat atau pengumpul magnet, apa kata sesekali tu anda tukar kepada magnet yang boleh diletakkan sekali gambar anda bersama yang tersayang? Kebiasaanya pengumpul magnet hanya membeli magnet mengikut kawsan tempat yang mereka melancong sahaja. Agak membosankan kerana magnet sedemikian boleh didapati di tempat lain juga. Jadi, apabila anda pergi melancong dan ada gambar yang ingin disimpan, cubalah pula kaedah ini. Contoh pada gambar diatas, fara pergi ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi guna gambar yang diambil dari telefon dan kemudian pergi ke website yang menyediakan khidmat printing dan fara pilih sendiri bentuk dan gambar yang ingin diletakkan di peti ais. Fara akan kongsikan sebentar lagi perkhimatan yang fara sering gunakan untuk menyimpan kenangan sebergini. 


Dimana untuk membuat servis printing termurah untuk simpan kenangan?

Image result for printcious



Printicious merupakan website yang menyediakan khidmat printing, percetakan dimana anda boleh mengabadikan segala kenangan anda dalam apa bentuk sekalipun seperti mug, t-shirt, magnet, topi, canvas, keychains, dan banyak lagi! Selain menawarkan harga yang murah, printcious juga sentiasa memastikan kualiti barangan mereka terjamin dan berkualiti.

Gambar dibawah merupakan magnet yang sebelum ini fara pernah beli dari printcious agak cepat berkarat selepas beberapa bulan dilekatkan dipeti ais, mungkin disebabkan terkena air. Kebetulan, ada gambar yang fara nak letakkan lagi di peti ais, fara lihat magnet dari printicous telah ditukarkan kepada jenis yang lebih elok. Sangat cepat printcious menaik taraf kualiti barangannya. Dari apa yang fara lihat, magnet terbaru printicious lebih bagus dan tahan berbanding yang lama ditambah pula dengan bentuk yang pelbagai seperti bentuk hati, bulat, petak dan bujur. 


Testimoni dari Fara sendiri :

Perbezaan Magnet lama (kiri) dan baru (kanan)
Sangat ketara bukan perbezaan magnet lama dan baru dari printcious? Fara sangat berpuas hati dengan kualiti magnet terbaru dari printicous sekarang. Berbaloi beli dengan harga yang murah dari pasaran. Kenangan bercuti Fara telah diletakkan di magnet sebagai tatapan harian. 

Oh ye, selain membuat magnet, di printcious juga anda boleh pilih dan reka sendiri hadiah yang diinginkan seperti contoh dibawah :





Beginilah cara Fara mengabadikan kenangan dengan membuat magnet, photo album, dan mug. Setiap orang ada citarasa masing-masing jadi, ini hanyalah pendapat peribadi sahaja. Fara percaya anda ada pelbagai cara lain yng digunakan untuk menyimpan kenangan. Silalah kongsikan cara anda pula, mana tahu lepas ni fara boleh gunakan idea hebat anda itu? 


Lihat servis lain Printcious :

Website Printcious :

Ubat mujarab eczema berkesan


Assalamualaikum... Hai!

Sejak akhir ni Aimi kene eczema pada bahagian kaki. Sebelum ni fara perasaan di kaki aimi memang ade mengelupas tapi fara ingat ianya perkara biasa. Lama kelamaan, mengelupas di kaki aimi semakin teruk hingga merah-merah. Ada sekali tu sehingga berdarah sebab aimi lasak berlari. 

Bermacam produk fara letak di kaki aimi tapi semuanya membuatkan bahagian kaki aimi semakin teruk atau tiada perubahan.


Kesian sangat bila bahagian tapak kaki aimi jadi macam ni. Mengelupas yang sangat teruk!

Ada yang mengatakan kaki aimi mungkin alergik dengan simen yang kotor, atau terkena ulat air. Fara terus rujuk pada doktor untuk dapatkan pengesahan masalah yang tejadi. Doktor mengesahkan ianya adalah eczema kerana mengelupas dan merah-merah di kaki kadang kala ada dan jika baik hanya sekejap sahaja.

Memang itu yang berlaku pada kaki aimi. Baik hanya sekejap kemudian akan mengelupas kembali seperti dalam gambar. Ubat yang disapu hanya akan mengurangkan masalah eczema sahaja. Untuk baik sepenuhnya akan makan masa yang lama. Yang penting, kene jaga kebersihan dan sentiasa pakaikan stokin.

Gambar Semasa letak minyak kelapa dara

Akhirnya, fara tawakal cuba produk minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara ni buat kulit kaki aimi rasa lembab. Mengelupas juga hilang sikit-sikit. Setiap kali sapu minyak kelapa dara, fara akan pakaikan aimi stokin supaya kakinya tidak terdedah dengan kotoran di lantai. 




Gambar diatas, selepas penggunaan selama 2 bulan menggunakan minyak kelapa dara. Alhamdulillah memang nampak perubahan. Walaupun ade sikit-sikit mengelupas lagi tapi tidak seteruk sebelumnya.  Sekarang, Fara tetap sapukan minyak kelapa dara tiap kali sebelum tidur sebab takut eczema kembali.



Produk Pembunuh Serangga Dengan Sekali Semburan


Makhluk Perosak Merbahaya!

Kehadiran serangga seperti lipas, lipan, anai-anai, serangga terbang malah apa jua jenis serangga perosak sekalipun, memang mengganggu keselesaan kita. Ini kerana kebanyakan serangga bukan hanya membawa penyakit, bahkan kemunculannya di rumah boleh menjejaskan kerja seharian dan imej kita yang mungkin dianggap pengotor oleh orang lain.

Related image

Tidak boleh disangkal bahawa setiap rumah pasti mempunyai sekurang-kurangnya sebotol racun serangga kerana bagi kebanyakan mereka, ia cara paling cepat dan berkesan membunuh serangga walaupun ianya sekadar membunuh dan menghalau serangga dalam tempoh yang sementara. Ancaman seperti ini memang akan dialami oleh setiap rumah kerana makhluk perosak ini tidak akan pupus.

Kehadiran makhluk perosak akan mengganggu kesihatan dan kesejahteraan manusia, keluarga dan haiwan peliharaan. Menghapuskan makhluk perosak dengan sepenuhnya adalah sukar, namun dengan perkembangan teknologi, kini pengguna mempunyai pilihan kaedah-kaedah yang efektif, efisien dan bersesuaian dengan strategi dan keselesaan. Samada, kaedah yang dipilih berunsur kimia, atau tanpa kimia.


Organic Touch Waterbased Organic Insecticide 

Organic Touch Waterbased  Organic Insecticide merupakan produk yang diformulasikan sebagai penggalak tanaman & pembunuh racun perosak yang telah terbukti keberkesanannya! Kelainan yang dibawa oleh produk ini adalah ianya menggunakan bahan organic iaitu tanpa bahan toksik atau racun. Misi utama produk ini dilancarkan adalah untuk mengaplikasikan cara yang betul bagi mencegah makhluk dan serangga perosak dari mengakibatkan kerosakan dan penyakit. Objektif tersebut di laksanakan dengan kos yang rendah, selamat dan tidak mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

Kebanyakkan produk pembasmi serangga hanya mampu mengusir serangga tanpa membunuhnya. Keburukkan yang boleh dilihat disini adalah, kita terpaksa sembur dan sembur lagi bagi mengelakkan serangga perosak memasuki kawasan rumah.


Attract, Kill & Protect

Dengan hanya sekali semburan, Organic Touch Waterbased Organic Insecticide boleh menghapuskan serangga dengan efektif sekali. Untuk makluman, produk Organic Touch ini tidak mempunyai bau. Cara ia berfungsi, semasa penyemburan, ia akan membuatkan serangga tertarik dengan bau semburan produk ini dan kemudian akan terbunuh dengan sendiri apabila ia mendekati kawasan yang disembur tadi. Oleh itu, kawasan rumah anda akan bebas dari serangga perosak hanya dengan sekali semburan sahaja!



Cara Mencegah Tanaman Anda dari Serangga Perosak

Iya! Selain boleh digunakan untuk dalam rumah, produk Organic Touch ini juga boleh disembur pada tanaman. Makhluk serangga perosak boleh memberikan masalah yang memeningkan. Sekiranya tiada langkah kawalan dan pencegahan dilakukan, ianya boleh mendatangkan kesan yang buruk. Penyelesaian mudah bagi masalah ini adalah dengan menyembur Organic Touch pada tanaman anda.

Hanya sembur pada bahagian yang selalu diserang serangga dan hasilnya tanaman anda bebas dari serangga perosak. Tanaman anda secara automatiknya akan menjadi segar dan kehijauan selepas disembur kerana produk ini juga mempunyai fungsi untuk menyuburkan hasil tanaman.

Sebab itulah saya mencadangkan anda menggunakan produk Organik Touch Waterbases Organic Insecticide kerana ianya tanpa bahan toksik dan kimia merbahaya seperti yang saya katakan sebelum ini. Keberkesanan produk ini dalam membasmi serangga tidak kira serangga dalam rumah mahupun serangga tanaman berkesan tanpa membahayakan persekitaran.

Testimoni Sebenar : 

Sebelum dan selepas semburan pada kabinet dapur

Untuk dalam rumah, masalah semut bersarang dalam kabinet memang merungsingkan. Berkali lap pun tetap jadi terjadi perkara yang sama.


Selang beberapa hari selepas semburan, kabinet tiada lagi semut dan bebas dari sarang semut. 



Sebelum dan Selepas Semburan pada hasil tanaman

Jika anda lihat gambar dibawah, testimoni yang fara sendiri cuba pada pokok tanaman dalam pasu yang mempunyai masalah serangga perosak tanaman iaitu semut dan koya. Serangga ini menyerang pucuk, daun matang, ranting dan buah. Bahagian yang diserang akan mempunyai tompok-tompok putih akibat koya. 

Selepas beberapa minit Sembur guna Organic Touch Waterbased Insecticide, serangga makin berkurang. Beberapa hari selepas itu, fara lihat kembali tanaman, dan hasilnya, tanaman bebas dari serangga perosak.


Organic Touch Waterbased Insecticide memang awesome!! 

Menurut pandangan peribadi sepanjang menggunakan produk Organic Touch Waterbased Insecticide, kesan yang boleh dilihat sangat menakjubkan. Hasil tanaman menjadi segar kehijauan dan bebas dari serangga perosak. Fara juga gunakan didalam rumah untuk membasmi serangga rumah seperti lipas,lipan, cenggerik, semut dan sebagainya. 

Ketika dalam proses penyemburan, bauan semburan tersebut menarik perhatian serangga yang ada sekeliling untuk datang dekat. Apabila serangga tersebut terpikat dengan bau semburan, ia akan membunuh pula serangga yang menghidunya. Dan akhirnya, rumah dan hasil tanaman terlindung dari serangga perosak.

Selain digunakan untuk serangga perosak, ianya juga boleh digunakan untuk menghilangkan rambut yang berkutu! Hanya sembur pada bahagian rambut yang ada kutu dan ia akan hilang serta merta.


Kebaikan Organic Touch Waterbased Insecticide :

🔸Bahan organic
🔹Tiada bau
🔸Boleh digunakan dalam dan luar rumah
🔹Boleh digunakan untuk serangga perosak tanaman
🔸Tanpa bahan toksik & kimia
🔹Bertindak membunuh dengan pantas
🔸Tanpa membahayakan alam sekitar

Lihat lagi testimoni video :





Anda mempunyai masalah serangga yang tidak terkawal?? Cubalah sendiri Organic Touch Waterbased Insecticide!!

Whatsapp :

HQ : 011 2102 6702 
En.Eddie : 019-293 9766

Terbaru | Ayam Brand Tuna Chunks in Organic Oil & Tuna Flakes in Organic Broth

Ayam Brand nama yang tidak asing lagi sejak bertahun lamanya telah memikat pengguna Malaysia dengan keenakkan makanan dalam tin yang sememangnya dikenali ramai. Jenama ini mendapat sambutan sejak dahulu lagi kerana pilihan jenis produk yang banyak, makanan tin berkualiti tinggi, menyihatkan, tanpa bahan pengawet, tidak mengandungi MSG tambahan. serta mudah untuk diambil seiring dengan reputasinya sebagai jenama isi rumah terkemuka di Malaysia dan rantau Asia Tenggara


Kelazatan dan Kemudahan Tuna Ayam Brand Kini Dalam Organik!!


Terbaru | Sayuran Organik dan Minyak Zaitun Dara Ekstra Organik Tambah Perisa dan Khasiat Kepada Tuna Yang Ditangkap Secara Mampan. Kedua-dua produk baharu ini menggabungkan kebaikan tuna yang di tangkap secara mampan bersama sayuran organik yang diiktiraf serta minyak zaitun dara ekstra bagi memberikannya kebaikan serta rasa yang lebih semulajadi.

Selain kaya dengan Omega-3, Selenium, Niacin, Vitamin B6 dan B12, tuna merupakan sumber protein yang mempunyai kadar kalori yang rendah untuk dihadam berbanding dengan sumber-sumber protin yang lain. Digabungkan dengan rasanya yang lembut serta teksturnya yang kenyal, Tuna menjadi makanan laut yang digemari di seluruh dunia.


Sup sayuran organik dalam Tuna! (Tuna Flakes in Organic Broth)

Ayam Brand™ memilih sayuran yang organic untuk digunakan dalam sup sayuran organik untuk mendapatkan rasa yang lebih semulajadi dan bebas daripada sisa kimia.

Minyak Zaitun Dara Ekstra organik (Tuna Chunks in Organic Oil )

Minyak zaitun mempunyai khasiat yang tersendiri seperti kaya dengan antioksiden, Vitamin E dan telah terbukti dalam penyelidikan menunjukkan minyak zaitun dara ekstra mempunyai bahan biologi aktif yang boleh mengurangkan risiko pembentukan penyakit atherosclerosis, kardiovaskular dan beberapa jenis barah.

Tidak hairanlah jika Ayam Brand menjadi pilihan utama Malaysia dan Asia Tenggara kerana ianya sangat mementingkan tahap kualiti barang dan juga kesihatan pengguna.



Pensijilan Halal

Segala Produk Ayam Brand™ disahkan Halal oleh badan pensijilan rasmi yang diiktiraf oleh JAKIM.

Tuna Bruschetta


Kebiasaannya, bila beli tuna Fara hanya suka buat sandwish sebab Fara jenis tidak berani mencuba resepi lain takut tidak menjadi. Kebetulan fara ada dapat sebuah buku bertajuk '40 Amazing anti-ageing recipes, Food For The Brain" yang mengisahkan segala resipi mengenai ayam brand yang boleh kita pelajari, Fara jadi tertarik dengan satu resepi yang sangat mudah iaitu Tuna Bruschetta.

Bahan yang digunakan juga mudah untuk dibeli dan menjimatkan. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah :

1 Roti baguette
1 tin Tuna Chunks in Organic Olive (Fara guna half sebb buat untuk 2 orang)
1 biji tomato (potong dadu)
sedikit daun sup (fara tak beli sebab habis) 😧

Cara Penyediaan :

Hancurkan tuna hingga agak hancur kemudian masukkan daun sup dan tomato dan gaul rata. Roti baguette pula dipotong tebal anggaran 2cm dan letak bahan yang telah digaul rata sebentar tadi ke atas roti yang telah dipotong. Siap untuk dihidang.





Roti John


Resipi kedua adalah Roti John dengan menggunakan Tuna Flakes in Organic Broth. Resipi ini juga sangat mudah dibuat dan sesuai untuk makan sarapan dan minum petang.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

Roti baguette (potong 2 cm tebal)
1 Tin Tuna Flakes in Organic Broth
1/2 tomato (dipotong dadu)
1 biji telur
1/2 bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu lada boh

Cara Penyediaan :

Tumis lada boh dan bawang bersama. Kemudian masukkan pula 1 Tin Tuna Flakes dan tomato kedalam kuali goreng hingga masak dan hancur. Akhir sekali masukkan  pula telur dan gaul hingga sebati. letak ketepi dahulu.

Dengan menggunakan non-stick pan, sapukan diatas roti tersebut bahan yang siap dimasak sebentar tadi dan bakar roti hingga sedikit garing. Bahagian yang disapu tuna juga perlu dibakar sedikit untuk menaikkan lagi aroma roti john. Jangan risau intinya tidak akan bersepah jika anda berhati-hati ketika flip roti.


Siap untuk dihidang! inilah die rupa Roti john dengan menggunakan Tuna Flakes in Organic Broth. Rasanya sangat rangup dan tidak berminyak ketika makan.


Cadangan hidangan

Ayam Brand™ Tuna Flakes in Organic Broth atau Tuna Chunks in Organic Extra Virgin Olive Oil boleh dinikmati dalam pelbagai cara. Untuk sarapan yang sihat anda boleh menjadikannya sebagai Tuna Wrap atau Bubur Tuna. Untuk minum petang, anda boleh cuba snek Tuna Tofu Egg Patties untuk dimakan bersama teh.


Cubalah barisan Tuna Organik Ayam Brand™ dan nikmati pengalaman tahap baru dan rasa semulajadi yang hebat!


Colmar Tropicale Berjaya Hills, Menarik ke Tidak?

Short Vacay | Colmar Tropicale Berjaya Hills

Gerak pada jam 9.00am dan tiba di Colmar Tropicale pada 11.00am. Hanya mengambil masa dalam 1 jam lebih jika gerak dari shah alam menuju ke Colmar Tropicale Berjaya Hills.


Dibuka oleh Berjaya Hills Resort, perkampungan bertema ala perancis ini mendapat ilhamnya dari Colmar Village Alsace, sebuah perkampungan perancis yang terkenal dengan jalan batu buntar dan bangunan peninggalan zaman Renaissance.

Suasana kampung ini bakal membuat sesiapa sahaja yang berjalan disini merasa seolah-olah berada didalam sebuah filem eropah klasik.


Apa yang menarik di Colmar Tropicale Berjaya Hills?

Memang tidak dinafikan, setiap orang mempunyai maksud keseronokkan mereka yang tersendiri. Bagi Fara, Colmar Tropicale ni sangat sesuai untuk short vacay kerana korang boleh habiskan kesemua tempat dalam ni hanya dalam setengah hari sahaja!

Selain daripada suasana yang unik, terdapat juga banyak aktiviti menarik yang menanti anda sekeluarga seperti rock climbing dan mountain biking. Untuk pengalaman bercuti di Bukit Tinggi yang lengkap, anda boleh memilih untuk bermalam di resort tersebut. Kepada mereka yang merancang untuk balik hari pula, bayaran kecil dikenakan untuk melawat kawasan tersebut.


 Harga Tiket Colmar Tropicale Berjaya Hills

Dewasa : RM15


Fara tidak ingat harga tiket untuk kanak-kanak bawah umur berapa. Untuk makluman, harga tiket yang korang bayar di counter masuk awal sebelum sampai ke French Theme sudah termasuk dalam bayaran ke Taman Botani dan juga Japanese Village. Bas juga ada disediakan disini untuk memudahkan korang bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Jika ingin menaiki kenderaan sendiri juga dibolehkan kerana bas hanya mengambil penumpang mengikut jam yang telah ditetapkan sahaja. Jika ketinggalan bas, korang terpaksa menunggu bas dalam 1-2 jam berikutnya. 

Tempat Menarik di Colmar Tropicale Berjaya Hills

1. Japanese Village

Japanese Village yang terletak di Bukit Tinggi ini merupakan memperlihatkan koleksi tarikan bertema jepun yang disusun kemas sekitar sebuah taman hijau yang luas dengan tujuan untuk menghidupkan suasana perkampungan jepun tradisional dahulu kala.

Perkampungan jepun ini dihias dengan kolam ikan Koi, taman bunga dan batu berlumut yang cantik. Antara tarikan mesra keluarga yang boleh dijumpai disini adalah Rumah Teh Jepun, Taman Botanikal, Tatami Spa, Ume Tatami Suite dan restoran Ryo Zan Tei.










 2. French Themes

Dengan suasana yang nyaman dan pemandangan yang bakal menenangkan fikiran, pengalaman bercuti di Bukit Tinggi Pahang adalah suata yang harus dirasai bersama keluarga, khususnya mereka yang gemar bergambar.








3. Botanical Garden

5 minit sahaja masa memandu dari Colmar Tropicale, taman yang tersembunyi di dalam Japanese Village ini mempunyai kawasan seluas 4 ekar dan menampilkan beraneka jenis tumbuhan iklim sejuk seperti pokok Strawberry dan Pear.

Sebuah walkway khas sepanjang 1 kilometer melalui taman dan menjadikan tempat ini ideal untuk berjalan santai bersama keluarga ataupun orang yang tersayang sambil menikmati kepelbagaian flora dan fauna yang menghiasi taman ini.

Botanical Garden Bukit Tinggi

4. Rabbit Park

Khas buat ibu-bapa yang bercuti bersama anak kecil, Rabbit Park merupakan tarikan mesra kanak-kanak dan menampilkan sebanyak 200 arnab comel yang bakal buat anak anda tertawa keriangan. Disini pelawat dapat bermain sambil bergambar dengan arnab-arnab tersebut.

Setelah puas membelai bulu arnab yang gebu, lihat pula gelagat lucu haiwan lain seperti rusa atau menunggang keldai yang jinak. Tambahan pula, anak anda boleh melakukan pelbagai aktiviti sampingan seperti kelas mengecat dan melukis.

Rabbit Park Bukit Tinggi


Berakhir sudah entri tempat menarik di Bukit Tinggi