Buffet Ramadhan 2019 Murah Dan Sedap Di Melaka | Villa Istana Melaka

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Ramadhan yang dinanti telah pun tiba. Macam mana persediaan sepanjang nak sambut Ramadhan ini? Harap semuanya berjalan lancar. Dah jumpa buffet Ramadhan best kat Melaka? Kalau belum, Fara nak kongsikan kepada anda Buffet Ramadhan yang paling best dan murah di Melaka iaitu di Villa Istana Melaka


Kenal tak tempat ni? Untuk pengetahuan anda, di Villa Istana Melaka yang terletak di Ayer Keroh, Melaka inilah yang pernah dijadikan lokasi set penggambaran dalam drama ‘Jodoh-Jodoh Annisa’ yang kini ditayangkan di Astro Prima ini menjamin sajian makanan bertaraf 5 bintang memenuhi citarasa ramai, layanan dan perkhidmatan yang cemerlang apabila anda menikmati juadah berbuka puasa sepanjang Bulan Ramadhan 2019 nanti.

Pelbagai Menu Menarik Ada Di VIlla Istana Melaka

Jangan lepaskan peluang untuk meraikan ketibaan Ramadan dengan penuh semangat dan menggunakan masa berharga ini untuk berbuka bersama seisi keluarga tercinta di Villa Istana Melaka. Sajian Menu Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana Melaka menyajikan pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi 'Menu Wajib' pada bulan Ramadan ini.

Antara hidangan menarik yang akan disediakan ialah Kambing Grill, Nasi Beriani dan Nasi Serai yang dihidangkan dengan Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Rempah, Daging Bakar Masak Lemak Cili Padi, Daging Dendeng, Daging Rendang dan banyak lagi yang pasti akan memberikan 1001 pengalaman berbuka puasa yang tidak akan dilupa-kan. Hidangan antarabangsa ataupun tempatan pastinya memenuhi selera anda



Kemudahan Lain Turut Disediakan Di Villa Istana Melaka

Kemudahan Yang Disediakan Suasana dewan makan yang selesa serta dilengkapi dengan penghawa dingin dan mampu memuatkan 500 tetamu dalam satu masa serta wifi percuma menjadikan Villa Istana Melaka ini sentiasa menjadi tempat untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga, rakan sepejabat dan majlis meraikan anak-anak yatim.


Selain daripada itu juga, Villa Istana Melaka turut menyediakan ruang parking kereta yang luas, tandas awam, bilik solat khas yang dilengkapi dengan sejadah, selipar serta tempat wuduk agar para pelanggan dapat menunaikan solat Maghrib & Isyak dengan selesa selepas berbuka puasa.


Bilik penginapan ekslusif juga disediakan untuk pengunjung musafir yang ada urusan lanjut di Negeri Melaka Bandar Bersejarah. Para tetamu juga akan didendangkan dengan persembahan hiburan islami dari Kumpulan Nasyid Unggul Saff One yang akan menghiburkan para tetamu sepanjang bulan ramadhan ini.

Harga Buffet Ramadhan Di Villa Istana Melaka

Bermula 10 Mei hingga 1 Jun 2019, pelbagai sajian bufet buka puasa bak berada di kampung halaman mengembalikan nostalgia yang indah boleh dirasai dengan harga RM45.00 untuk dewasa dan RM29.90 untuk kanak-kanak. Anda digalakkan membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan! Tempahan untuk keluarga, korporat dan berkumpulan juga di sediakan dengan tawaran pakej yang sangat menarik.


Tempahan awal juga digalakkan untuk majlis korporat bagi memastikan majlis berbuka tersebut berjalan dengan lancar dan selesa.

Jom Berbuka Puasa Di Villa Istana Melaka! Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

VILLA ISTANA MELAKA

Lot 11319 PM1313
Jalan TU1, Taman Tasik Utama
Ayer Keroh, Melaka.

06 - 233 0205 / 017 - 340 8715 / 016 - 790 0804 / 010 - 794 0115 / 017 - 335 7466


Sulam Bedak HARAM atau HALAL?

Tampil cantik dengan kulit bersih, mulus dan sekata tentunya menjadi idaman setiap wanita. Terbaru, Rawatan Sulam Bedak merupakan rawatan tanpa suntikan dan Persoalan sekarang adakah ianya HALAL atau HARAM?

Sulam Bedak ada 2 kaedah halal (serum) dan haram (Teknik embroidery) ❌

contoh sulam bedak

Tiba-tiba rasa sedih, tengok ramai wanita Islam sekarang terlalu obses nak cantik sampai ke tepikan halal haram. Mungkin ada juga yang masih belum tahu. Jadi saya harap penulisan dibawah ini dapat menjelaskan anda.

Sulam Bedak Haram Atau Tidak ?

Terdapat pendapat mengatakan ianya haram namun sebenarnya ia tidak haram sekiranya ia merupakan rawatan sulam bedak korea yang asal . Namun untuk pengetahuan anda terdapat juga sulam bedak yang haram dimana rawatan sulam bedak ini menggunakan teknik “Embroidery” . Ia sama seperti teknik tattoo .

Bukan Sahaja Sulam Bedak Haram, Malah Senarai Dibawah Juga Adalah HARAM Dilakukan!

> Bulumata extension
> Rambut extension
> Sulam bedak (Teknik embroidery: teknik buat tatu)
> Sulam blusher
> Cucuk/operate untuk muncung, tinggi, runcing, munggil


Paling ramai dan biasa sangat org buat sekarang ialah extension bulumata, tambah bagi lebat, panjang, lentik.. Kenapa HARAM? Sebab wuduk dan mandi tak sah!!! Bayangkan kalau pen/maker atau apa-apa la terkena kulit pun kita kena bersihkan dulu sebelum wuduk.. Sebab tu gam bulumata dan maskara pun tolong la cuci betul-betul, mascara yang waterproof tu tolong cuci dengan makeup remover berminyak.. bagi keluar betul-betul, lepastu sabun cuci muka baru wuduk sebab takut foundation atau apa-apa masih lekat kat muka..

Nak Cantik Jangan Sampai MENGHALALKAN yang HARAM

Kita semua memang nak cantik, kalau boleh nak putih, hidung mncung, mata besar semua benda kita boleh buat kalau ada duit.. tapi kalau boleh jangan la sampai ketepikan agama.. Biar lah kita penat sikit, guna benda yang boleh keluarkan dan cuci untuk solat dan mandi wajib.

Pewarna kuku pun kalau boleh elak la sebab mati time pakai nanti susah nak cuci, takut orang tak perasan kalau pakai yang jernih.. lagipun susah nak wuduk dan mandi hari-hari, nanti jenazah kita pun tak sempurna.. 



Pengalaman Cabut Gigi Bongsu | Klinik Pergigian Wah Setia Alam

Gigi Bongsu. Ia tumbuh di bahagian kiri dan kanan rahang yang berada di tempat paling belakang. Gigi bongsu juga dipanggil sebagai gigi geraham besar yang kekal di kedudukan ketiga terakhir. Bila gigi bongsu sakit boleh ke biarkan? Rasanya semua dah tahu mana boleh dibiarkan gigi yang sakit tanpa rawatan. Seeloknya pergi ke klinik pergigian untuk check masalah gigi anda dengan kadar segera.


Tanda-tanda Sakit Pada Gigi Bongsu

Bila nak sakit ni tak kira tempat atau waktu. Boleh jadi semuanya secara tiba-tiba. Semalam ok hari ini pulak sakit. Macam itu juga gigi. Tengah sedap mengunyah makanan tiba-tiba gigi pada bahagian kiri tak boleh mengunyah. Rasa sensitif. Baru teringat dah lama tak buat "Scaling gigi" atau mungkin gigi berlubang.

ni gigi bongsu Fara. patutlah sakit. Berlubang di bahagian tepi.

Semakin hari gigi jadi sakit dan tak selesa. Pergi klinik gigi untuk check masalah. Rupanya ada masalah dengan gigi bongsu. Kedudukan gigi bongsu Fara terlebih tinggi dengan barisan gigi yang lain. Dan gigi bongsu berlubang pada bahagian tepi. Doktor sarankan untuk cabut gigi bongsu sebelum bertambah sakit.

Klinik Pergigian Wah, Setia Alam


Untuk cabut gigi bongsu Fara pilih Klinik Pergigian Wah yang terletak di Setia Alam, Selangor. Fara suka dengan Doktor, servis dan staff di klinik ni. Doktor di klinik wah menerangkan dengan jelas mengenai kesakitan dan juga memberi khidmat nasihat terbaik untuk masalah gigi Fara. Fara ingatkan kena ada pembedahan untuk cabut gigi bongsu rupanya tidak perlu kerana gigi fara tiada masalah untuk bius dan boleh terus cabut.


Proses untuk cabut tak sampai 10 minit. Fara sedikit beruntung kerana gigi bongsu kiri bahagian atas tidak menggangu barisan gigi yang lain. Jadi memudahkan untuk doktor cabut. Suntikan bius akan diberi pada bahagian gigi bongsu. Bila timbul rasa kebas baru Doktor mulakan proses untuk mencabut. Berdebar-debar sepajang proses cabut gigi. Tak sakit rupanya cabut gigi. 

ok, inilah gigi bongsu kiri bahagian atas fara

Selepas cabut, pendarahan dan ketidakselesaan memang normal. Pendarahan berhenti dengan betul hampir 7 jam. Setiap 2 jam Fara tukar kapas di gigi untuk menahan pendarahan. Bila terasa sakit pula boleh makan ubat "painkiller" yang diberikan. Oh ya, Rasa kebas akan hilang selepas 2 jam bermula dari waktu gigi dibius.

Pengalaman cabut gigi yang paling mudah dan senang. Alhamdulillah. Walaupun dah jaga gigi sehabis baik bila dah sakit memang tak boleh buat apa. Cabut jela senang. Harga cabut gigi pun tak mahal hanya RM80 Sahaja.

Boleh Dapatkan Rawatan Pergigian Terbaik Di Klinik Pergigian Wah, Setia Alam



Mencari klinik pergigian terbaik di Setia Alam? Bolehlah berkunjung ke Klinik Pergigian Wah. Fara dengan suami memang akan ke sini tiap kali nak scaling gigi, cabut, dan sebagainya. Puas hati!

KLINIK PERGIGIAN WAH SETIA ALAM

Call/Hubungi : 018 2033809 
Alamat : 15-G, Jalan Setia Indah X U13/X, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor




TERBARU! Aiskrim King’s Potong Onde-Onde Memberi Keunikan Rasa Sebenar kuih Onde-Onde

Sebut je kuih onde-onde mesti terbayang pasar Ramadhan. Mana tak nya, kuih onde-onde pada bulan Ramadhan memang laku keras kalau jual. Nak dapatkan atau beli kuih onde-onde pada hari biasa agak sukar. Kini tak perlu risau lagi, anda boleh makan bila-bila masa dan dimana jua. Sebab King’s Potong signature membawa perisa kegemaran Asia iaitu Ice-Cream Potong Onde-onde.


Sekotak Aiskrim King’s Potong Onde-Onde dibekalkan kepada fara untuk tujuan merasai sendiri keenakan ice cream terbaru dari brand Kings. Nak makan seorang tak seronok pula. Jadi Fara kongsikan bersama rakan-rakan di pejabat untuk merasai ice cream onde-onde ini.


Mengenai Aiskrim King’s

Sejak tahun 1975, King’s telah berkembang menjadi salah satu jenama aiskrim terkemuka di Singapura dan Malaysia. Pelbagai produk yang merangkumi aiskrim King’s Potong utama dan aiskrim King’s Potong Gold membuktikan komitmen King’s untuk menghasilkan produk berkualiti serta inovatif bagi membolehkan aiskrim berkualiti King’s dinikmati oleh ramai orang.


Sebagai komitmen kepada peminat yang setia dengan keluaran produk yang diinspirasikan oleh rasa Asia, pasti hasil produk King’s membawa peminat ke saat gembira dan indah pada nostalgia masa lalu. .

Aiskrim King’s Potong yang unik dan baru ini adalah aiskrim yang dibuat daripada kelapa dan pandan, dan diisi dengan inti berperisa gula Melaka dan kelapa parut.

Asia adalah satu tempat yang mempunyai pelbagai budaya makanan yang unik. King’s Potong kini
memberi penghormatan kepada warisan Asia dengan memperkenalkan King’s Potong Signature Onde Onde (sebutan ‘own-day own-day’). Peminat aiskrim potong kini boleh menikmati pencuci mulut unik yang digemari orang ramai. Resepinya dibawa mengembara ke serata negara dan budaya, juga telah menjadikan lirik lagu tradisional.


Hari ini, onde-onde boleh dinikmati di restoran dan pasaraya Asia di serata dunia. Onde-onde adalah bebola beras pulut yang berisi gula Melaka dan disaluti kelapa parut segar. Apabila makan Onde Onde, kombinasi yang menarik ini akan ‘meletup’ dengan rasa yang manis dan enak.

Aiskrim King’s Potong yang unik dan baru ini adalah aiskrim yang dibuat daripada kelapa dan pandan, dan diisi dengan inti berperisa gula Melaka dan kelapa parut. Perisanya memang mengujakan! King’s Potong Menghasilkan Aiskrim Potong Yang Berkualiti Selama 40 tahun, King’s telah menghidangkan aiskrim yang digemari ramai. Ia membawa kenangan indah sewaktu dahulu dengan perisa yang diinspirasi dari Asia.

King’s Potong Signature Onde-Onde boleh beli di :


Dengan kualiti tinggi dan terkawal, rangkaian utama King’s Potong menjanjikan kepuasan dengan rasa ‘potong’ yang diperbuat dari bahan-bahan berkualiti sahaja. Jangan ketinggalan untuk menikmati perisa istimewa ini dari King’s Potong King’s Potong Signature Onde-Onde boleh dibeli dari April 2019 di pasaraya utama dan kedai-kedai serbaneka terpilih untuk RM2.00 sebatang (60ml) atau RM11 untuk sekotak (berisi 6 batang).




Dorsett Grand Labuan Hotel Murah Dan Terbaik Di Labuan


Tidak kira sama ada anda pergi melancong luar Negara atau dalam Malaysia bila bercuti mesti nak cari hotel yang terbaik bukan? Saya pasti, setelah penat menjelajah ke destinasi menarik pastinya badan perlukan rehat yang cukup untuk meneruskan perjalanan pada keesokan harinya. Bagi saya, tempat untuk merehatkan badan haruslah yang boleh memberi keselesaan pada diri dan juga keluarga.


Pada anda yang bercadang untuk bercuti ke Labuan dah jumpa/tempah hotel? Nak tahu tak hotel di Labuan yang best dan murah? Pada yang belum menempah hotel di Labuan boleh teruskan pembacaan. Saya akan kongsikan Hotel yang best di Labuan dengan cari kata kunci book Labuan hotels. Anda akan diberikan pelbagai pilihan hotel yang mempunyai range harga paling murah hingga ke paling mewah.

Dorsett Grand Labuan

Image result for Dorsett Grand Labuan

Di sini, anda boleh consider book Dorsett Grand Labuan online kerana hotel ini terletak strategik di bandaraya Labuan dan mempunyai pelbagai fasiliti untuk kegunaan anda. Bukan itu sahaja, malah hotel mewah ini menjadi tarikan para pelancong kerana servisnya yang bagus serta kemudahan yang diberikan kepada guests yang menginap.

Tempat Menarik Berhampiran Hotel Dorsett Grand Labuan

Wilayah Persekutuan Labuan merupakan salah satu wilayah persekutuan di Malaysia ini dan merangkumi Pulau Labuan serta 6 pulau-pulau kecil yang lain. Ibu negerinya iaitu Victoria dikenali sebagai sebuah financial centre yang terkenal, menawarkan servis financial sama ada dalam atau luar negara menerusi IBFC sejak 1990. Labuan juga terkenal sebagai salah satu hub galian minyak dan gas. Sape sangka sebuah pulau yang tenang dengan pantai-pantai indah terkenal kat seluruh dunia ini pernah melalui zaman kegelapan sewaktu perang dunia pertama dan kedua yang memusnahkan sebahagian besar bangunan-bangunan kat pulau ini.

Image result for Labuan

Jika Langkawi dikenali sebagai permata Kedah, Labuan juga dikenali sebagai permata Borneo. Wilayah ini mempunyai sejarah silam yang berkurun lamanya. Dahulu sebahagian daripada Kesultanan Brunei pada abad ke 15, kepulauan ini kemudiannya ditakluki oleh kerajaan British kerana aktiviti pembuatan arangnya yang pesat pada ketika itu. James Brooke yang menakluki kepulauan Sabah mengambil pulau ini dengan membuat satu perjanjian dengan Sultan Brunei. Setelah itu, kepulauan ini juga menyaksikan penaklukan oleh kerajaan Jepun sebelum dikembalikan kepada kerajaan British. Pada 1963, Sabah serta kepulauan disekelilingnya diisytiharkan sebahagian daripada Konstitusi Malaysia.

Banyak Pulau-Pulau Menarik Di Labuan Yang Perlu Di Kunjungi

Bukan sahaja Labuan ini terkenal dengan sejarahnya yang lampau, tetapi ekologi kepulauannya yang seakan tidak terusik membuatkan pulau ini terkenal dengan aktiviti scuba diving serta aktiviti air yang lain. Pelancong asing yang menyukai aktiviti tersebut menjadikan kepulauan ini sebuah destinasi yang harus dikunjungi apabila melawat Sabah. Oleh kerana lokasinya yang strategic dan terlindung daripada tiupan angin monsun, Labuan sesuai untuk dikunjungi pada bila-bila masa sepanjang tahun. Selain daripada itu, terdapat satu War Memorial Cemetry yang menempatkan pejuang British, Australia, India, Sarawak, Brunei, Borneo dan Jepun, menjadikan ini salah satu makam yang terbesar. 

Image result for tempat menarik di labuan

Sambil menikmati scenery yang memukau ini anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang dijual kat tepi pantai ini seperti cendol, sate, air kelapa yang menyegarkan dan banyak lagi. Bagi anda yang sukakan aktiviti menyelam, keindahan scenery kat kawasan permukaan laut biru ini sama indahnya dengan flora dan fauna kat dalam lautnya yang penuh warna-warni. Cukup kaya dengan pelbagai jenis ikan, kerana ini jugalah Pantai Layang-Layang juga turut terkenal dalam kalangan kaki pancing.

Boleh Juga Menikmati Keindahan Flora Dan Fauna Di Muzium Chimney, Labuan

Related image


Bagi anda yang tidak berani menyelam kat dalam air laut, kat sinilah anda dapat mendekati flora dan fauna marin yang bukan sahaja daripada kawasan laut, malahan juga dari paya bakau. Menempatkan lebih daripada 570 koleksi, lawatan ke muzium ini pasti membuat anda jatuh cinta dengan keindahan dan kekayaan spesies hidupan dalam laut, mungkin ramai yang nak jadi penyelam lepas ini? Antara ruang pameran yang terdapat kat sini adalah Seksyen Hidupan Marin, Seksyen Batu Karang, Maklumat Kapal Karam dan Seksyen Paya Bakau. Kat tingkat atas muzium ini pula mempamerkan banyak lagi maklumat tambahan yang lain yang melibatkan peralatan menyelam, peralatan memancing klasik dan moden, serta banyak lagi informasi berkaitan spesies hidupan marin.

Oleh itu, janganlah lengahkan masa lagi dan marilah booking hotel online anda sekarang! Menikmati percutian anda di Labuan dan kenali sejarahnya yang dalam serta kecantikan kepulauan Borneo yang tiada tandingan ini!



Panduan/Tips Simpan Bekalan Air Semasa Tidak Ada Air

Panduan ini boleh digunakan setelah berusaha menyimpan air yg sepatutnya. 

Image result for bekalan air

1. Wudhu'

Amalkan guna sebotol air mineral shj ketika wudhu' spt yg diajarkan kpd jemaah haji ketika di Mina. Boleh wudhu' 1x shj bg setiap anggota dgn syarat yakin bhw air sampai keanggota wudhu' dgn sempurna. Caranya, air diletak diatas tapak tgn dan diratakan keseluruh anngota wudhu'.

Ketiadaan/kekurangan air dianggap darurat. Maka dibolehkan bg yg tidak ada masalah kesihatan menghimpunkan solat dlm 1 wudhu'. Contoh zohor dgn 'asar. Maghrib dgn isyak. Hanya perlu dijarakkan masanya antara 1jam atau yg mampu.

2. Masak

Sediakan masakan yg boleh disimpan utk hari2 tersebut. Hanya perlu dipanaskan atau ditambah isinya. Menyimpan makanan yg mudah dimasak ketika kekurangan air spt sardin, maggi dan yg sesuai dgnnya.

Jika ayam, ikan dll yg hendak digoreng hendaklah dicuci dan siap dirempahkan sblm disejuk bekukan. Sayur dicuci tanpa dipotong sblm disimpan. Rempah spt bebawang dan cili dicuci sblm disimpan.

3. Makan

Gunakan pinggan yg dilapik dgn plastik/daun. Selesai makan hanya perlu buang plastik dan daun shj. Sudu/garfu juga boleh guna yg pakai buang.

4. Sediakan air kosong yg secukupnya utk minum.

Pastikan bekalan air untuk diminum cukup dan disimpan dengan baik. 

5. Tandas

Perlu ingat kembali pelajaran beristinja' utk menjimatkan air. Jika tidak tahu, maka perlu sediakan air secukupnya utk bersuci kerana ia perkara penting yg melibatkan ibadah solat. Pastikan tidak guna air mustakmal ketika bersuci.

6. Mandi

Berusaha mandi dgn 1 baldi besar air shj. Letak ditempat yg tidak terkena percikan air yg kotor ketika mencuci anggota badan. Cara mandi, basahkan badan, sabunkan dan gosok rata2. Gosok gigi dgn seceduk air. Setelah selesai jiruslah seluruh badan dgn senmpurna.

7. Penjimatan air
Elakkan melakukan kerja-kerja yg guna banyak air dlm tempuh berkenaan. Tumpukan penggunaan air kpd perkara perlu dan jangan sampai menjejaskan ibadah solat. Sekiranya diri kita mampu membiasakannya dgn mengamalkan panduan yg baik, maka dapat mengurangkan bebanan ketika ketiadaan air.



Jangan sesekali mengeluh dgn menyalahkan keadaan. Sebaliknya kita diajarkan supaya beringat bahawa air amat berharga dlm kehidupan.

Sekian. Sedikit pengetahuan yg dpt dikongsikan. Semuga memberi menafaat yg berguna kpd yg membacanya. Aamiin.....