Minuman Susu kultur Fernleaf CalciYum menyokong sistem pencernaan yang sihat & menjaga daya tahan badan yang kuat
Sekarang terdapat pelbagai jenis minuman kultur di pasaran. Minuman kultur ini terdapat dalam pelbagai perisa buah-buahan selain dari rasa yang original minuman tersebut.
Seharusnya ia perlu diminum setiap hari bagi mengekalkan keseimbangan bakteria baik dan bakteria bahaya dalam badan. Minuman kultur juga sesuai diminum ketika cirit-birit. Laktobsilus dalam minuman kultur boleh membantu dalam mengembalikan keseimbangan antara bakteria baik dan bakteria bahaya di dalam usus.
Kelebihan Minuman Susu Kultur :
- Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan menyekat pertumbuhan bakteria berbahaya dalam usus.
- Mengurangkan penghasilan bahan toksin dalam badan.
- Membantu mengelakkan sembelit dan cirit-birit.
- Membantu meningkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan dan pertumbuhan sel kanser.
Minuman Susu Kultur Fernleaf CalciYum Pilihan Anak Fara
Minuman susu kultur kebiasaannya menyegarkan dan digemari oleh kanak-kanak. Sesuai sebagai sebahagian daripada sarapan pagi atau snek yang enak, dipenuhi dengan nutrien untuk menyokong kesihatan anak anda dari dalam dan luar. Sebagai ibu, Fara sendiri inginkan terbaik untuk anak-anak Fara. Dari segi pemilihan minuman susu kultur, anak Fara lebih memilih Minuman Susu Kultur Fernleaf CalciYum berbanding brand lain yang ada di pasaran.
Kalsium & Vitamin D – Untuk tulang yang kuat
Bakteria Baik - Untuk fungsi usus yang baik
Bagi memastikan anak-anak sentiasa sihat dan cergas berlari, dapat belajar dan bermain dengan aktif, faktor pemakanan seimbang sangat memainkan peranan kerana selain membekalkan tenaga, pemakanan sihat sangat penting untuk tumbesaran anak. Minuman susu kultur Fernleaf CalciYum secara tidak langsung membantu serba sedikit dari segi minda aktif, anak lebih suka meneroka alam, dan tubuh aktif.
Minuman susu kultur yang enak ini membekalkan nutrien-nutrien utama untuk menyokong keperluan harian anak-anak. Menjaga kesihatan bukan hanya bermaksud yang anda akan bersedia untuk melakukan yang terbaik tetapi anda juga akan rasa lebih hebat.
Sama ada di sekolah atau ketika bermain, anak-anak perlukan tubuh yang sihat di luar dan dalam. A-Force dengan Vitamin D dan DR20TM probio membantu anak anda menghadapi hari-hari yang mendatang.
Antara stok wajib dirumah! minuman untuk perut yang sihat dan baik untuk penghadaman. selain jenis minuman, Fernleaf juga ada jenis yogurt yang baik untuk sistem penghadaman. Kat Rumah memang Fara standby yogurt untuk elak anak sembelit.
Terdapat 4 Varian minuman susu kultur Fernleaf CalciYum
Asli tak semestinya bosan. Dengan Vitamin D dan DR20TM probio minuman susu kultur biasa kami membantu menyokong pertahanan dalaman anda. Selain itu, rasanya memang digemari semua.
Minuman Susu Kultur Epal
Hilangkan kehausan dengan kesegaran Epal! Minuman susu kultur ini bukan sahaja mempunyai rasa hebat, ia juga dipadatkan dengan nutrien khas bagi menjaga pertahanan dalaman si kecil anda – agar mereka bebas meneroka.
Minuman Susu Kultur Oren
Manjakan lidah anda dengan rasa limau yang menarik dengan minuman susu kultur dalam perisa Oren Fernleaf CalciYum! Selain daripada keenakannya, ia mengandungi nutrien-nutrien untuk membantu pertahanan dalaman - agar kanak-kanak dapat terus bermain dan meneroka.
Minuman Susu Kultur Anggur
Minuman susu kultur ini dipek di dalam perisa anggur manis dan halus yang kami gemari. Bukan sahaja enak - ia mengandungi nutrien-nutrienuntuk membantu pertahanan dalaman - agar kanak-kanak dapat terus bermain dan meneroka dengan bebas.
Free Boboiboy Toy Car!
Ok, part ni tiap kali Fara ajak beli susu Fernleaf CalciYum anak-anak paling excited. Anak-anak sangat excited nak tahu free gift apa yang ada didalam pek susu kultur Fernleaf CalciYum. Free gift kali ni ada Boboiboy car! yeah!! Leka anak-anak menyiapkan boboiboy car.